Monday, November 23, 2009

5A dalam tangan!!...


TAnggal 19 November 2009 bersamaan 2 Zulhijjah 1430, Sk Serkam telah mengukir nama dengan mendapat keputusan UPSR 2009 yang amat memberansangkan.Seramai 10 orang calon mendapat 5A dan seramai 4 orang calon mendapat 4A 1B dalam peperiksaan tersebut.Berikut adalah senarai murid yang msndapat 5A :

1.Norfatihah Bt Baharudin
2.Atiqah Shahirah Bt Mohd Mokhtar
3.Nurfazleen Bt Abd Aziz
4.Adilah Shahirah Bt Shukor
5.Ain Adibah Bt Roslaile
6.Siti Najihah Bt Nasri
7.Muhammad Ridzwan Bin Khirham
8.Muhammad Danial Hakimi Bin Adullah
9.Muhammad Aqil Bin Azmi
10.Nurul Najihah Bt lokman

Pihak sekolah juga telah menerima Sijil Penghargaan "Pencapaian A Dalam Semua Matapelajaran Melebihi 20% " dan "Peningkatan Calon Memperolehi A Dalam Semua Matapelajaran Melebihi 5% Target" daripada Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Melaka, Tn Hjh Isa B Hj Abu.Sekalung tahniah kepada semua calon UPSR 2009, guru-guru, PIBG , ibubapa/penjaga dan semua warga SK Serkam.Semoga dengan adanya keputusan ini,maka dapatlah anak-anak kita mula memngorak langkah untuk terus maju ke hadapan.Selamat Maju JAya...
Read more ...

Sunday, November 22, 2009

One Malaysia

Topik tentang sistem pendidikan negara sentiasa mengundang pelbagai pandangan daripada semua pihak dalam masyarakat Malaysia. Saya telah diminta memberikan komen berhubung perkara ini pada Sabtu lalu. Walaupun saya telah pun memberikan jawapan saya, namun saya merasakan ada kaitannya bagi saya untuk menjelaskannya sekali lagi, dan barangkali mengundang lebih banyak perbincangan tentangnya dalam blog saya ini.

Walau bagaimanapun, ke mana sahaja arah perbahasan ini, kenyataannya adalah: rangka tindakan pendidikan kita telah digubal dari sudut pandangan bahawa semua rakyat Malaysia mempunyai hak untuk memilih pendidikan mereka di negara ini. Ia merupakan satu harapan rakyat berikutan dengan Kemerdekaan negara, dan kerajaan telah pun mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung hasrat itu.

Sejak sekian lama dan hampir dalam setiap keadaan, isu berkaitan dengan sistem pendidikan yang ideal sentiasa dipolitikkan. Sebagai Perdana Menteri kepada semua rakyat Malaysia, saya berpandangan bahawa kita semua mesti mencari keseimbangan. Marilah kita sama-sama beringat bahawa pada akhirnya, isunya adalah untuk memastikan supaya masa hadapan generasi kita, kepimpinan masa hadapan kita, berupaya mendapat pendidikan yang terbaik. Kita harus meneroka ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan inovasi. Inilah antara sebabnya kenapa saya mengumumkan semasa membentangkan belanjawan baru-baru ini, Biasiswa Nasional akan dianugerahkan kepada 30 pelajar SPM yang mendapat keputusan terbaik berdasarkan merit semata-mata.

Saya telah mendengar ramai daripada anda sekalian yang mahukan pertukaran kepada sistem satu aliran sebagai salah satu cara untuk meningkatkan lebih perpaduan dan integrasi di kalangan rakyat. Walau bagaimanapun, ramai orang tidak memberikan pengertian kebanyakan orang. Saya juga ada mendengar ramai yang begitu bertegas akan hak untuk memilih berdasarkan sistem pendidikan sekarang. Saya telah mendengar kedua-dua pendapat yang berbeza ini dan menerimanya. Justeru itu, kita hendaklah secara bersama-sama bersetuju akan satu sistem yang memberikan kebaikan kepada semua rakyat, yang mendukung nilai-nilai yang kita junjung. Sudahkah kita bersedia untuk menjauhkan diri daripada hak untuk memilih dan berkompromi? Dalam menyampaikan sudut pandangan kita, sudahkah kita memikirkan tentang pandangan-pandangan lain yang berbeza itu?

Ketika masyarakat masih mempunyai perasaan yang bertentangan dan agak keberatan untuk membuat keputusan bersama itu, saya tidak ingin ada perbalahan yng timbul dalam masyarakat kita kerana perkara yang sangat sensitif ini. Malah hasrat yang paling murni pun boleh menjadi tidak bermakna langsung jika kita tidak bersedia untuk menerima dan mengamalnya. Kita akan bertukar kepada sekolah satu aliran hanya apabila kita telah bersedia dan hanya jika inilah yang dikehendaki oleh "rakyat".

"1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"
Read more ...

Friday, November 20, 2009

VISI DAN MISI




VISI
Sekolah Kebangsaan Serkam boleh mencapai kecemerlangan akademik, sahsiah dan ko-kurikulum menjelang 2010


MISI
Untuk menjadi sekolah contoh di Daerah Merlimau, warga sekolah akan berusaha :

• Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang
• Melibatkan semua murid dalam aktiviti kokurikulum
• Memupuk sahsiah dan nilai murni di jiwa seluruh murid
• Melaksanakan sistem pengurusan dan pentadbiran yang telus dan tulus.
• Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.
Read more ...

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM



Sekolah Kebangsaan Serkam diasaskan daripada kesedaran cerdik pandai agama. Sekolah Pertama dibina di Serkam Darat pada tahun 1988 iaitu selepas Perang Rokam meletus di Serkam.

Pengasas sekolah ini ialah Dato' Demang Baba bin Dato' Sidang Saad. Beliau adalah pemimpin masyarakat jajahan ketika itu. Beliau merupakan anak watan yang begitu mementingkan pembelajaran anak-anak. Atas kesedaran dan rasa tanggungjawab yang begitu kuat serta kuasa yang ada padanya, akhirnya dengan bantuan dan kerjasama penduduk kampung maka terlaksanalah cita-citanya untuk membantu anak-anak buahnya mendapatkan pelajaran yang sewajarnya pada waktu itu. Ketika ditubuhkan murid di sekolah ini berjumlah 16 orang dengan tenaga pengajarnya seramai dua orang guru.

Pada tahun 1900, sebuah sekolah baru telah dibina di atas lokasi sekolah sekarang dengan nama Sekolah Melayu Serkam.Pada tahun 1956 Sekolah Melayu Serkam bertukar nama iaitu Sekolah Umum Serkam.

Selepas merdeka sekali lagi sekolah ini bertukar nama iaitu Sekolah Kebangsaan Serkam hinggalah ke hari ini.Bangunan tambahan pertama yang dibina iaitu sebuah bangunan kayu pada tahun 1924.Diikuti bangunan tambahan kedua juga bangunan kayu iaitu pada tahun 1965.


Seterusnya bangunan tambahan ketiga sebuah bangunan batu pada tahun 1977.Pada tahun 1990 Sekolah Kebangsaan Serkam mendapat sebuah lagi bangunan tambahan iaitu sebuah bangunan batu.Dan pada tahun 1999 ini, Sekolah Kebangsaan Serkam mendapat sebuah lagi bangunan tambahan iaitu bangunan batu.


Senarai Guru Besar-Guru Besar Sekolah Kebangsaan Serkam


1. Hj. Tain bin Hj. Tahir - (29 Sept 1945 - 2 Okt 1947)
2. Hj. Jaamat bin Idris - (19 Feb 1947 - 8 Feb 1948)
3. Hj. Jantan bin Chombok - (1 Mac 1948 - 5 Jan 1949)
4. Hj. Jaafar bin Muhammad - (5 Jan 1949 - 30 Mac 1950)
5. Hj. Ab Ghani bin Abu - (2 April 1950 - 7 Okt 1952)
6. Md Yasin bin Mahat - (20 Okt 1952 - 2 Jun 1956)
7. Hj. Ab Rahim bin Baba - (3 Jun 1956 - 6 Okt 1960)
8. Hj. Md Said bin A. Bakar - (15 Okt 1960 - 29 Dis 1960)
9. Hj. Harun bin Ngah - (1 Jan 1961 - 29 Jun 1961)
10. Hj. Abdollah bin Mohammad - (1 Jul 1961 - 12 Jan 1963)
11. Hj. Talib bin Sudi - (13 Jan 1963 - 8 Mei 1976)
12. Hj. Ab Samad bin Hj. Ahmad - (9 Mei 1976 - 31 Ogos 1977)
13. Hj. Hassan bin Hj. Omar - (1 Sept 1977 - 30 Mei 1986)
14. Hj. Hassan bin Hj. Ibrahim - (1 Nov 1986 - 15 Ogos 1991)
15. Alias bin Hj. Ab Latib - (16 Ogos 1991 - 30 April 1994)
16. Ramlah bt. Hj. Majid - (1 Mei 1994 - )
17. Pn Hjh Rosiah Bt Hj Ismail
18. Pn Hjh Nora Bt Ismail
Read more ...

Thursday, November 19, 2009

HAri Anugerah Cemerlang 2009

Hari Anugerah Cemerlang Sk Serkam telah diadakan pada 16 November 2009.Majlis ini dirasmikan oleh En Yusof B Ahmad, salah seorang pegawai dari PPD Jasin.Majlis ini diadakan bertujuan bagi membina ransangan kepada murid-murid supaya lebih reatif dan berdaya saing, memberi penghargaan kepada murid-murid yang berjaya dalam bidang akademik dan ko-akademik di samping dapat merapatkan hubungan dan kerjasama antara pihak sekolah dan masyarakat sekeliling.Kami berharap agar majlis ini dapat memberi semangat dan dorongan yang kuat kepada murid agar lebih berjaya di masa hadapan.Tahniah kami ucapkan...
Read more ...

Kem Membaca 1 Malaysia


Kem Membaca 1 Malaysia telah berjaya dilaksanakan bermula 26 Oktober- 5 November 2009 yang lalu.Kem ini dirasmikan oleh Pn Guru Besar Sk Serkam sendiri iaitu Pn Hjh Nora Bt Ismail pada 30 Oktober 2009.Sempena gagasan 1 Malaysia, dalam memupuk minat membaca di kalangan generasi bangsa Malaysia menyemarakkan semangat 1 Malaysia untuk membina bangsa yang berjaya didahului dengan bangsa yang minat membaca.Selain objektif memupuk minat membaca di kalangan murid Sk Serkam,murid juga ditanamkan sikap membudayakan buku sebagai sahabat bersama dan merasai bahawa tidak lengkap tanpa buku walau di mana mereka berada.Memperkayakan kosa kata Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dapat membantu murid dalam mempertingkatkan prestasi pembelajaran di sekolah.Harapan kami guru-guru Sk Serkam agar Kem Membaca yang dianjurkan ini dapat membantu sedikit sebanyak murid dalam menguasai 3m.Insyallah.
Read more ...

Sunday, November 8, 2009

Johan Anugerah Nilam Peringkat Kebangsaan 2009

Johan Anugerah Nilam Peringkat Negeri Melaka, 2009.


Pada 20 Oktober 2009 bertempat di Air Keroh D'Village, Melaka, seorang murid SK Serkam PAntai iaitu Adik Ain Adibah Bt Roslaile dianugerahkan sebagai Johan Anugerah Tokoh Pembaca (NILAM) Peringkat Negeri Melaka 2009 Kategori Sekolah Rendah Luar Bandar. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Adik Ain Adibah di atas penganugerahan tersebut.
Pada 17 Februari 2009, bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka telah diadakan pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri. Pemilihan ini adalah anjuran bersama BTPN Melaka, Jabatan Pelajaran Melaka dan Persatuan Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka (PUSTAKAM). Pemilihan tokoh NILAM ini juga merupakan satu pemilihan yang standard dan mengikut garis panduan persijilan ISO9001:2000
Kriteria pemilihan calon tokoh NILAM peringkat negeri adalah seperti berikut:
1. Sudah membaca lebih 360 buah buku bagi sekolah rendah.
2. Dibuktikan dengan rekod yang disahkan oleh pihak sekolah dan panel penilai negeri (JPN,PPD,BTPN dan PKG).
3. Kecekapan dan keyakinan apabila diusulkan pelbagai soalan berkenaan bahan bacaan.
4. Pencapaian akademik (berdasarkan buku rekod prestasi).
5. Pembacaan teks yang ditentukan oleh panel penilai.
Semoga dengan penganugerahan ini akan menyemarakkan lagi semangat Adik Ain Adibah untuk terus berjaya di masa hadapan.

Read more...
Coretan SK SERKAM at 2:42 PM 1 comments
Read more ...
 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info