Sunday, February 7, 2010

Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 Bersama Guru SKS, 2010

Program Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 6 Bersama Guru SKS, 2010 telah diadakan pada Sabtu, 30 Januari 2010 di Dewan SK Serkam.Program ini bertujuan untuk menambah bilangan murid mendapat straigh A UPSR bagi Tahun 2010.Selain dapat meningkatkan % kualiti dan kuantiti dalam matapelajaran UPSR.Melalui program ini juga, pihak sekolah berpeluang menyalurkan maklumat terkini berkaitan pembelajaran dan pengajaran murid Tahun 6 selain mengumumkan maklumat tentang sasaran UPSR pada tahun ini.

" Menjana kecemerlangan murid UPSR 2010".


"Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu,
Guruku budi yang diapungkan di dulang ilmu,
Panggilan keramat "CIKGU" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat....

-Usman Awang-
Read more ...

Perlantikan Pengawas Sekolah Dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah, 2010

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada Isnin, 18 Januari 2010.Majlis ini dirasmikan oleh En Tuah Bin Talip, Ketua Unit Hal Ehwal Murid, PPD Jasin.

Objektif majlis diadakan ialah bagi mengiktiraf tugas Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber sesi 2010. Antara tugas yang dipikul ialah:
  • membantu menjalankan tugas dalam memastikan disiplin sekolah dalam keadaan yang terkawal.
  • melatih pelajar dalam menjalankan tugas dengan teratur dan berdisiplin.
  • melahirkan pelajar yang mempunyai wibawa diri dan berketrampilan.
Ikrar Pengawas

Bahawa kami Pengawas Sekolah dan
Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Kebangsaan Serkam tahun 2010
berikrar:
Akan menjalankan tugas yang
diamanahkan kepada kami dengan
penuh bertanggungjawab, jujur dan
ikhlas demi kesempurnaan disiplin
dan nama baik sekolah kami

Insyaallah.
Read more ...
 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info