Wednesday, August 3, 2011

"MATI MEMOTIVASIKAN HATI"

MATI MEMOTIVASIKAN HATI - Peringatan Buat Diriku Yang Sering Lupa

Hidup itu sekali

Mati itu sekali

Persoalannya?

Kenapa kita tidak boleh hidup untuk mati?

Apabila disebut sahaja 'mati' maka ramailah yang takut, gerun, tak nak dengar dan cuba mengalih tajuk perbualan dan fikiran ke arah lain. Mati adalah puncak kepada hidup. Apabila mati maka jasad akan berhenti berfungsi. Yang ada hanyalah amalan kita. Baik ke? Buruk ke? Bergantung kepada amalan kita semasa hidup. Tok! tok! tok! ketuk hati tanya diri sendiri! Jangan tanya orang lain, sebab orang lain pun tak sempat nak tanya dirinya sendiri.

Ramai manusia di zaman kita ini suka kepada hidup. Sebab apa? sebab hidup hanya sekali. Memang benar, sama lah juga keadaannya mati. Mati juga sekali. Kecuali insan istimewa yang menjadi pilihan Allah. :-) Bila menyebut mati hanya sekali, adakah hidup itu berkali-kali? Jika berkali-kali hidup dan tak mati, teruskan dosa dan noda anda. Tapi ingatlah firman Allah yang bermaksud - "Setiap yang hidup itu pasti merasai mati". :-) Hidup hanya sekali dan mati pun hanya sekali. Tapi adakah berbaloi jika hidup sekali itu diisi dengan lumuran dosa yang pada nafsu kita ianya adalah menyeronokkan tapi bila mati ianya menyeksakan? :-)

Kita pasti merasakan kita hidup untuk capai pelbagai pencapaian yang baik dan lebih baik dari sebelumnya. Jika kita seorang pelajar, kita mesti nak hidup untuk capai kejayaan sebagai seorang pelajar. Jika kita seorang ahli muzik, kita mesti nak hidup untuk capai kejayaan sebagai seorang ahli muzik. Tapi adakah itu cukup? Pasti tidak cukup kerana matlamat dunia memang tak pernah habis. Kenapa kita tidak boleh hidup untuk mati? Apakah maksudnya? Bagaimana kita boleh hidup untuk mati? Jadikan setiap pekerjaan yang lakukan setiap hari sebagai salah satu cara untuk mengingati mati. Bagaimana caranya? Didik hati kita agar sentiasa ingat mati. Kita tidak tahu bilakah saat kematian kita, ini merupakan peluang kepada kita untuk buat amal kebaikan sebanyak dan sesungguh yang mungkin. Itulah caranya. :-) Mudah sahaja!

Anggaplah hari ini merupakan hari terakhir kita di muka bumi-NYA. Maka kita akan berusaha sungguh untuk melaksanakan tugas dan amanah kita dengan sebaik mungkin. Do the best! :-) Hati kita ini sebenarnya

lembut, tapi ianya keras dan kaku dan terus jadi begitu jika kita tidak membelainya dengan mati. Jika ingat pada mati, maka hati akan hidup. Jika kita lupa pada mati, maka hati akan mati. Begitulah momentumnya. Jadi jangan takut jika disebut hal-hal kematian, tapi bersemangatlah untuk berbuat kebaikan dan kebajikan. InsyaAllah kemanisan dan natijahnya yang baik akan kita rasai di negeri yang akan datang! :-)


Read more ...

Bahayanya fitnah...!


Saya terbaca tazkirah ini pada laman web Belia Islam, dan merasakan ia cukup relevan untuk renungan bersama.

i-aallah....

"Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan."

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel atau SMS. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.


Read more ...
 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info