Monday, June 11, 2012

Countdown UPSR 2012


Read more ...

Team Dondang Sayang


Read more ...

Team nasyid



Read more ...

Kami guru penyayang sempena program guru penyayang 2012

Kami  guru penyayang sempena program guru penyayang 2012


  

Read more ...

Artis kami...pemuisi muda

Tahniah anakanda!!!!...mummy tumpang happy....:) 

Read more ...

Team kalam jama'e

Alhamdulillah..Tahniah kepada anak2 Skserkam Pantai yang mewakili sekolah dalam acara kalam jamaie...anda semua hebat!!!!Terima kasih kepada Faza Ali Hassan..n Raha Rahayu Mohd Nor..juga kepada juru2 solek...dan semua yg terlibat secara lngsung atau tdak lngsung...thanx alots...SK Serkam boleh!!!!Insyaallah...
Read more ...

johan dan naib johan bercerita BM kawasan 2012

Alhamdulillah, mcm x pcaye, dlm kesibukan yang mgile2..., study untk exam last sem, tugas2 mengaja, menguruskn jadual aktiv alia, smpat jugak mlatih Anakanda Siti Nur Arisya Safri dan Ain Nabiha Roslailee untk ptndgn bcite hari ni, dan mcm x pcaye Alhamdulillah, tahniah kerana mjadi Johan dan Naib Johan...terima kasih kpd guru2 yg tlibat mlatih, Ckgu Rohani, Liza Yamins, Hawa Omar dan semua guru2 Skserkam Pantai yg mberi kjasama dan sokongan...Tahniah juga kepada semua warga Skserkam Pantai kerana kita mjadi Johan Keseluruhan Pertndgn Bcerita BM Pkt Kaw Merlimau....Alhamdulillah...
Read more ...

Tean nazam glamer u.....

Alhamdulillah,syukur pada aLLAH...anak2 Nazam Skserkam Pantai bergelar naib juara peringkat negeri...tahniah..buat nasyid jgn sedih walau tewas...tak pe kamu baru berusia 4 hari tapi dah mampu beri saingan....tkasih frenzzz yg bg sokongan padu,maaf sesangat mencuri masa P&P,hari ini anda bantu saya,,,esok lusa kalau bukan saya bantu,org lain pula akan bantu,ataupun Allah yg bantu anda,,,tkasih pd yg memahami....syukran jazilan...afwan...ma assalamah!!!!
Read more ...

Penyajak memukau penonton

19 MEI 2012-Persembahan DEKON-Memoir Munsyi Abdullah sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Melaka 2012 berlangsung dengan jayanya di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh Melaka. Alunan syair,gurindam dan sajak yang disampaikan oleh Muhammad Suffian B Khirham (SK SERKAM), Ain Nabiha Roslailee (SKSERKAM), Gunavathi (SJKT DIAMOND JUBLEE) berjaya memukau hampir 1500 warga pendidik yang memenuhi dewan bagi menghayati dan menjayakan majlis sambutan tersebut.Majlis tersebut lebih bermakna dengan kehadiran Ketua Menteri Melaka sebagai perasmi majlis tersebut.
Read more ...

Joe Jambul 2012








28 Mei-30 Mei - Program Chandawara Kanak-Kanak 'Dimana Joe Jambul' berlangsung dengan jayanya di Pusat Penyiaran Antarabangsa RTM Angkasapuri Kuala Lumpur. Setelah menjalani ujibakat pada bulan Februari yang lalu, 3 dari 5 peserta SK Serkam telah berjaya melayakkan diri untuk memberi saingan di peringkat kebangsaan. Muhammad Suffian b Khirham, Nuraliah Syafiqah bt Zamri dan Ain Nabihah bt Roslailee berjaya menjadi juara bagi segment melaksanakan eksperimen.Pengacara program Ariel AF memuji ketangkasan pelajar SK Serkam melaksanakan tugasan dan berjaya merangkul markah tertinggi. Mereka juga berjaya muncul sebagai Naib Johan Kumpulan secara keseluruhan. Para peserta menerima sijil,baucer simpanan Bank Rakyat dan wang tunai RM200. Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat!
Read more ...
3 terbaik di Melaka...Tahniah....khususan ila kumpulan Dian Sk Serkam..kak Liza Yamins, Naufal dan semua....

KEPUTUSAN PERTANDINGAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH KPM PERINGKAT NEGERI MELAKA 2012

SEKOLAH RENDAH:
Johan: KUMPULAN SOUTUN NAJAH - SRA MERLIMAU PASIR
Naib Johan: KUMPULAN AL HAMRA'- SRA BATANG TIGA TIMUR
Ketiga: KUMPULAN DIAN - SK SERKAM
Read more ...

Sunday, January 15, 2012

HEM

TUGAS PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

A. Bidang Tugas:

1. Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru Besar dan GPK Pentadbiran.

2. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang pengkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa.

3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, ko-kurikulum, disiplin, bimbingan dan kaunseling.
4. Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut prosedur dan peraturan.
5. Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan kewangan berjalan dengan lancar.
6. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan kantin sekolah berjalan dengan baik.
7. Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru.
8. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar perjalanannya menjadi lebih berkesan.




B. Senarai Tugas:


Pentadbiran
1. Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di sekolahnya.
2. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan bahawa butirannya adalah kemas kini.
3. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan.
4. Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borang-borang yang tertentu.
5. Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertuka ke sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini.
6. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah.
7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama Guru Besar, PK Pentadbiran, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah.
8. Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun.




D. Bimbingan dan Disiplin:
1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
2. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
3. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan sebagainya.
4. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan.
5. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi pelajar-pelajar baru.



E. Program Perlindungan:
1. Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di sekolahnya agar berjalan dengan baik.
2. Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan kad 001 dan kad 002.
3. Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah untuk menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat.
4. Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di kalangan pelajar.

F. Skim Pinjaman Buku Teks:
1. Menguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar yang bakal menerima buku teks.
2. Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku-buku teks di sekolahnya.
3. Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks.
4. Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya.


G. Biasiswa Dan Bantuan:
1. Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada.
2. Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada para pelajar di sekolah.
3. Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang layak menerimanya.



H. Kokurikulum:
Sukan Dan Permainan:
1. Membantu, merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.



Persatuan Dan Kelab:
1. Menyelaras dan menyelia segala program aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.

Pasukan Pakaian Seragam:
1. Merancang strategi penglibatan para pelajar dalam program kegiatan pasukan pakaian seragam.
2. Menyelaras pelaksanaan, program kegiatan pasukan pakaian seragam yang disediakan di sekolahnya.


Koperasi Dan Simpanan Pelajar:
1. Menyelaraskan segala kegiatan yang berkaitan dengan program koperasi di peringkat sekolah.
2. Menganjurkan bersama dengan Amanah Saham Nasional dan Bank Simpanan Nasional atau lain-lain bank yang sesuai dengan tujuan menggalakkan penabungan di kalangan pelajar.



Tugas Dan Tanggungjawab Lain:
1. Membantu dan mengenal pasti guru-guru yang berbakat dalam kegiatan kokurikulum.
2. Merancang dan mengadakan program latihan untuk guru-guru yang berpotensi
dalam bidang itu.
3. Merancang dan menentukan pelaksanaan program kegiatan ko-kurikulum untuk
para pelajar.
Melaksanakan arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari
semasa ke semasa.

1. PEMBANGUNAN MAJU DIRI (PMD)
1. DISIPLIN
1.1.1 Tahap kuatkuasa undang-undang dan peraturan sekolah.
1.1.2 Menyelia rekod dan laporan disiplin.
1.1.3 Perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga murid.

2. BIMBINGAN DAN KAUNSELING
2.1 Melaksana dan menguruskan projek-projek khas.
2.2 Merancang dan menyelaras program khas seperti kempen anti-dadah.
2.3 Memastikan langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.

3. KESIHATAN
3.1 Menguruskan kemudahan rawatan murid.
3.2 Merancang dan menyelaras program-program kesihatan murid dan kad tenaga asas.


4. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
4.1 Menguruskan kutipan data, mengawal buku-buku stok.
4.2 Mengawal pengagihan dan hapus kira.

5. BIASISWA DAN BANTUAN
5.1 Menyelenggarakan peraturan-peraturan biasiswa atau bantuan.
5.2 Mengemas kini rekod-rekod biasiswa dan bantuan.

6. PENGURUSAN BANTUAN PEMAKANAN
6.1 Projek Susu Sekolah.
6.2 Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

2. PENTADBIRAN.
2.1 Mengurus dan mengemaskini buku rekod pendaftaran murid
2.2 Mengurus kemasukan dan penempatan murid.
2.3 Menyemak buku jadual kedatangan murid.
2.4 Mengurus surat akuan, sijil berhenti sekolah dan lain-lain.
2.5 Menyemak buku laporan / rekod prestasi.
2.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
2.7 Membantu merancang takwim sekolah.

3. KURIKULUM.

3.1 Pengajaran dan pembelajaran.
3.2 Merancang dan menyelia kursus motivasi dan kemahiran belajar.

4. KOKURIKULUM
4.1 Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan / kelab serta pasukan unit beruniform.
4.2 Membantu merancang takwim ko-kurikulum.
4.3 Menyelaras kegiatan BSN, Tabung Haji dll.
4.4 Merancang dan melaksanakan program perkhemahan tahunan.


8. PERKEMBANGAN ORGANISASI DAN KENDIRI (SYNERGY)
5.1 Menghadiri kursus.
5.2 Mengadakan kursus dalaman (HEM)
5.3 Memperkayakan pengetahuan ikhtisas.
5.4 Mengadakan hubungan dengan ibubapa / penjaga, masyarakat dan agensi luar.
5.5 Penglibatan dalam PIBG
Read more ...

BIDANG TUGAS GURU PRSEKOLAH

Bidang Tugas Jawatankuasa Pra Sekolah

  • Membuat pemilihan murid yang layak memasuki Pra Sekolah.
  • Membuat penyediaan kelas / hiasan untuk murid-murid Pra Sekolah.
  • Mengedar surat siaran berkaitan dengan yuran , pendaftaran dan taklimat untuk ibubapa.
Read more ...

BIDANG TUGAS PENDAFTARAN DAN PENEMPATAN MURID

Bidang Tugas Jawatankuasa Pendaftaran Murid Tahun 1 / Penempatan Sekolah Menengah
( Tahun 6 )

  • Memastikan tiada murid yang tercicir daripada bersekolah.
  • Membuat tindakan susulan sekiranya terdapat masih ada murid yang tercicir.
  • Memastikan ibubapa membuat pengesahan pendaftaran anak-anak mereka.
  • Memastikan pembahagian murid mengikut kelas-kelas yang telah ditetapkan.
  • Menyediakan kain rentang pendaftaran dan pengesahan murid.
  • Mengedarkan surat-surat siaran berkaitan dengan pendaftaran dan pengesahan.
  • Membuat penempatan murid Tahun 6 ke sekolah menengah berdasarkan alamat rumah , zon atau sebagainya sepertimana yang ditetapkan oleh pihak PPD.
  • Menguruskan ujian kepada pelajar Tahun 6 yang ingin memohon ke SMKA.
  • Menyediakan senarai pelajar yang layak ke SMKA serta dokumen yang diperlukan ke PPD selepas keputusan UPSR.
  • Melaksanakan lain-lain tugasan yang berkaitan mengikut arahan yang diberi.
Read more ...

KWAMP

BIDANG TUGAS GURU KWAMP

  • Mengenalpasti murid yang layak menerima bantuan.
  • Mengedarkan dan mengumpul semula borang yang berkaitan.
  • Mengemaskini maklumat data murid dan memastikan murid yang berhak menerimanya.
  • Menguruskan murid yang layak dengan memenuhi borang-borang mengikut arahan PPD.
Read more ...
 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info