Monday, August 9, 2010

Serkam Buka Tirai Sambutan Bulan Kemerdeka 2010


SK SERKAM, 7 Ogos-- Bagi seorang kami warga pendidik, Jalur Gemilang amat bermakna dalam hidup kerana zaman penjajah negara yang mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 banyak membuka minda kami tentang perlunya bersatu padu demi mencapai kemerdekaan.

"Kami tidak mahu bendera itu bertukar lagi. Biarlah Jalur Gemilang berkibar di mana-mana. Jalur Gemilang tidak akan membawa makna jika negara ini kembali dijajah," itulah pendapat kami.

"Mengapa harus malu untuk kibar bendera kebangsaan. Kita negara yang merdeka. Kerana merdeka, kita dapat kehidupan yang lebih baik," tambah sebilangan guru lama merujuk kepada kempen kibar Jalur Gemilang bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010.

Tanggal 1 Ogos, kibaran Jalur Gemilang akan mewarnai bumi Serkam dalam pelbagai cara bagi menunjukkan bangganya kami kepada tanah air kami.

RAKYAT TIDAK SABAR MENUNJUKKAN PATRIOTIOSME

Selain itu, penduduk tempatan juga menghargai kemerdekaan dan sudahpun mula memasang Jalur Gemilang di kediaman masing-masing.

Kami yakin sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-53 akan memantapkan lagi ikatan silatulrahim dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.



Bookmark and Share

No comments:

Post a Comment

 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info