Thursday, December 31, 2009

Taklimat Tahun 1 dan Prasek, 2010



Ucapan alu-aluan dari Pn Hjh Nora Bt Ismail dalam Majlis Taklimat Murid Tahun 1 Dan Prasekolah Bagi tahun 2010 yang telah diadakan pada Khamis, 31 Disember 2010.MAjlis ini bermula jam 8.00 pagi bertempat di Makmal SK Serkam.



Dalam Taklimat Prasekolah yang telah disampaikan oleh Pn Zainora Bt Basari, Ibu bapa telah didedahkan dengan serba sedikit tentang Pendidikan Pasekolah yang menjadi asas untuk melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri, bercita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri. Semua asas yang dibina dalam diri murid akan menyumbang kepada kemajuan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

VISI
Pendidikan Asas ke arah pembentukan generasi yang bertaraf dunia.

MISI

Menjana ke arah peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran fizikal dan keceriaan prasekolah serta menyuburkan dan memperkembangkan potensi dan sahsiah murid ke arah insan yang cemerlang, berilmu, berdaya saing dan berbudi bahasa, luhur serta berdisiplin tinggi.

MATLAMAT
Menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan seperti menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan kanak-kanak ke sekolah rendah.

OBJEKTIF
i) Kanak-kanak dapat membentuk sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.

ii) Kanak-kanak dapat menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi.

iii) Kanak-kanak menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.

iv) Memupuk nilai-nilai Islam dan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

v) Memperkembangkan kemahiran kognitif, berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah pada kanak-kanak.

vi) Memupuk kematangan emosi dan kemahiran sosial.

vii) Melatih kanak-kanak dalam kecergasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan kanak-kanak dan keselamatan yang baik.

viii) Memupuk kanak-kanak mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.



Seterusnya, ibubapa diberi Taklimat Murid Tahun 1 ,iaitu Program Transisi yang dikendalikan oleh Pn Rozita Bt Abd Samad.

PROGRAM TRANSISI
• Program Transisi dan Guru Penyayang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal di tadika ke pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah

TUJUAN
• Murid- murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru dalam masa singkat

• Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun 1

• Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah

TEMA

“MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA”



Akhir sekali, ibubapa diberi penerangan tentang Program j-QAF oleh Ustazah Farha Bt Ali HAssan.

PROGRAM j-QAF
• Program j-QAF adalah hasil idea YAB Perdana Menteri Malaysia yang berhasrat melahirkan murid di sekolah rendah yang khatam al-Quran. Beliau menyarankan bahasa arab diwajibkan, jawi diperkukuhkan dan asas-asas fardu ain dihayati bermula dari sekolah rendah.

• Program ini juga merupakan usaha untuk memperkasakan pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah rendah

• j-QAF ialah singkatan daripada jawi, al-Quran, Arab dan Fardhu Ain.

• j-QAF di SK Serkam sudah masuk tahun ke 5.

MATLAMAT

• Melahirkan murid-murid di sekolah rendah yang mahir membaca al-Quran dan khatam al-Quran apabila tamat sekolah rendah
• Memulihkan murid-murid yang lemah dalam jawi dan memperkukuhkan yang sudah kukuh
• Murid-murid sekolah rendah menguasai kemahiran asas Bahasa arab.
• Melahirkan murid Islam yang menghayati Fardhu Ain
Read more ...

Wednesday, December 16, 2009

ENROLMEN MURID TAHAP2 2010


GURU KELAS TAHUN 4 AMANAH
NAMA : PN SANISAH BT SALLEH
EMAIL :
MURID LELAKI :
MURID PEREMPUAN :
JUMLAH MURID :







GURU KELAS TAHUN 4 ADIL
NAMA : PN NORAZMAWATI B ABD GHANI
EMAIL :
MURID LELAKI :
MURID PEREMPUAN :
JUMLAH MURID :







GURU KELAS TAHUN 5 AMANAH
NAMA : PN HJH NORANITA BT MD ZIN
EMAIL :
MURID LELAKI :
MURID PEREMPUAN :
JUMLAH MURID :







GURU KELAS TAHUN 5 ADIL
NAMA : PN RAHA RAHAYU BT MD NOR
EMAIL :
MURID LELAKI :
MURID PEREMPUAN :
JUMLAH MURID :







GURU KELAS TAHUN 6 AMANAH
NAMA : PN SHAHIDAH BT ZAINUDDIN
EMAIL :
MURID LELAKI :
MURID PEREMPUAN :
JUMLAH MURID :







GURU KELAS TAHUN 6 ADIL
NAMA : PN AZLINA BT SARPAN
EMAIL :
MURID LELAKI :
MURID PEREMPUAN :
JUMLAH MURID :
Read more ...

Saturday, December 5, 2009

ENROLMEN MURID TAHAP 1 2010


GURU KELAS TAHUN 1 AMANAH
NAMA : PN ROZITA BT ABD SAMAD
EMAIL :
MURID LELAKI :
MURID PEREMPUAN :
JUMLAH MURID :






GURU KELAS TAHUN 1 ADIL
NAMA : PN AINI KHAYATI BT SALIM
EMAIL :
MURID LELAKI :
MURID PEREMPUAN :
JUMLAH MURID :







GURU KELAS TAHUN 2 AMANAH
NAMA : PN NORLIZA BT MD YAMIN
EMAIL :
MURID LELAKI :
MURID PEREMPUAN :
JUMLAH MURID :







GURU KELAS TAHUN 2 ADIL
NAMA : PN KHAIRIAH BT HJ ABAS
EMAIL :
MURID LELAKI :
MURID PEREMPUAN :
JUMLAH MURID :







GURU KELAS TAHUN 3 AMANAH
NAMA : PN SUZANA BT ZAINUDIN
EMAIL :
MURID LELAKI :
MURID PEREMPUAN :
JUMLAH MURID :







GURU KELAS TAHUN 3 ADIL
NAMA : PN AMINAH BT MD ZAN
EMAIL :
MURID LELAKI :
MURID PEREMPUAN :
JUMLAH MURID :
Read more ...

DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN!!



Di Mana Ada Kemahuan Di Situ Ada "A" One

Kecemerlangan, Kesederhanaan atau Kegagalan Adalah Pilihan Saya
Hidup Adalah Projek " Buat-sendiri " Life Is A " Do-It-Yourself " Project
Saya Bertanggungjawab Sepenuhnya Ke Atas Kejayaan Diri Sendiri
Kecemerlangan Dicipta Oleh Insan Biasa Yang Berusaha Secara Luar Biasa
Murid Rajin, Mencari Jalan, Murid Malas, Memberi Alasan.
Saya Tidak Kalah Apabila Berada Di Bawah. Saya Kalah sekiranya Tidak Bangkit Sermula
Untuk Mencungkil Diri Sendiri, Saya Perlu Paksakan Diri, Bukan Manjakan Diri
Hasil Diperoleh Adalah setimpal dengan Usaha yang dicurahkan
Apabila Menghadapi Kesulitan Dalam Membuat Kerja-Kerja Penting, Saya Berpegang Pada Satu Prinsip : JANGAN MENYERAH KALAH !
Untuk keadaan Berubah, Saya Mesti Berubah Terlebih Dahulu.
Jangan berada Di tahap Yang Sama Sampai Bila-Bila, PERBAIKI DIRI SENDIRI
Untuk Berjaya, Saya Bukan Saja Perlu Tahu Apa Yang Saya Mahu, Saya Juga Mestilah Benar-Benar Mahu Apa Yang Saya Mahu
KEBODOHAN ialah Kerja Yang Sama berulang-ulang kali tetapi Mengharapkan Hasil Yang Berbeza
Aktiviti, Tenaga dan Fikiran perlu difokuskan kepada "Matlamat Yang Ingin Dicapai"
Saya Sentiasa Belajar Daripada Kesilapan Yang Telah Saya Lakukan
SIKAP POSITIF: Tindakan Yang Akan Diambil Akan Membuahkan Hasil Yang Diingini
Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan. You Are What You Think You Are
RAHSIA KEJAYAAN: Usaha, Usaha dan Terus Berusaha
Zaman Perselolahan Saya Cuma Sekali Sahaja. Saya Perlu Memanfaatkan Peluang Tersebut Sepenuhnya Bagi Menjamin Masa Depan Saya.
Sesuatu Yang Hebat dan Agung Tidak Akan Diperolehi Melainkan Dengan Semangat Dan Azam Yang Membara
DISIPLIN akan memberi saya jalan betul
DISIPLIN ialah memberi tumpuan sepenuhnya atas sesuatu tugas sehingga ia selesai dengan sempurna
To Be The Best I Must Be " Crazy " " CRAZY TO BE THE BEST "
To Get The Best, I Give My Very Best
Where There Is a Will, There Is An "A"
ATTITUDE is the key to More Brain Power
The Secret Of Success is Just Two Words: TRY HARDER
I'M A WINNER : A Winner Never Quits, A Quitter Never Wins
Give Everything You Have , To Everything You Do!
We Never Realise Our Greatest Potential Until We Perform At Our Very Best
Read more ...

Friday, December 4, 2009

Staff 2010





Read more ...

Wednesday, December 2, 2009

CARTA ORGANISASI HEM 2010

Read more ...

CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM 2010

Read more ...

PERANCANGAN KURIKULUM 2010

Read more ...

CARTA ORGANISASI KURIKULUM 2010

Read more ...

KATA ALUAN GURU BESAR

Teknologi Maklumat di peringkat sekolah kini menjadi satu lagi saluran yang berperanan yang penting ke arah mencapai matlamat Dasar dan Falsafah Pendidikan Negara dalam era terkini.

Di zaman yang begitu canggih dan penuh mencabar, setiap warga pendidik dan pelanggan Jabatan Pendidikan juga harus mengikuti arus perubahan ini. Untuk kecemerlangan itu, warga Sekolah Kebangsaan Serkam juga berusaha untuk mempertingkatkan martabat pendidikan selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk menubuhkan sekolah-sekolah bestari di seluruh Malaysia.Ke arah itu, Sekolah Kebangsaan Serkam sedang berusaha untuk memperlengkapkan kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajaran dengan teknologi terkini. Pelajar-pelajar sedaya upaya didedahkan dengan penggunaan alatan berteknologi.

Atas kesedaran ini juga, guru-guru dihantar untuk menimba ilmu di dalam bidang yang diagih-agihkan supaya semua guru mendapat pengetahuan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah pula.

Diharapkan dengan adanya 'Laman Web Sekolah Kebangsaan Serkam' ini dapat mempertingkatkan lagi mutu produk berharga harapan para ibu bapa.

Sekian, terima kasih.



Tn Hj Abbas b Aman

Guru Besar SK Serkam

PN HJH NORA BT ISMAIL.
Read more ...

Tuesday, December 1, 2009

LENCANA DAN LOGO SEKOLAH


1. UKURAN LENCANA

1.1) Tinggi – 3.0 cm
1.2) Lebar – 2.5 cm.

2. PENJELASAN LAMBANG
2.1) Buku – Ketinggian Ilmu (Pendidikan)
2.2) SKS – Sekolah Kebangsaan Serkam.
2.3) Padi – Sempena nama Kampung iaitu daripada perkataan “ SEKAM”.
2.4) Warna-warna :

2.4.1) Biru – Membawa maksud “MALAM”.

2.4.2) Kuning – Bermaksud “SIANG”.

* Gabungan kedua-dua warna tersebut membawa maksud “MASA UNTUK BELAJAR IALAH SIANG DAN MALAM”.

2.5) Lencana ini mula diguna pakai oleh sekolah bermula pada tahun 1963 dan ianya telah dibentuk oleh guru-guru Sekolah Kebangsaan Serkam yang
pada ketika itu diketuai oleh Allahyarham Tuan Haji Talib Bin Sudi.

2.6) Sehingga sekarang lencana ini masih lagi diguna pakai oleh pihak sekolah sebagai lambang kepada semua warga Sekolah Kebangsaan Serkam.


PENERANGAN MENGENAI BENDERA.



1. PENJELASAN LAMBANG DALAM BENDERA.
1.1) Buku – Ketinggian Ilmu (Pendidikan)

1.2) SKS – Sekolah Kebangsaan Serkam.

1.3) Padi – Sempena nama Kampung iaitu daripada perkataan “ SEKAM”.

1.4) Gelung Berangkai – Menitikberatkan kegiatan ko-kurikulum selain akademik.

1.4) Warna-warna :
1.4.1) Biru – Membawa maksud “MALAM”.

1.4.2) Kuning – Bermaksud “KETAATAN KEPADA RAJA”.

1.4.3) Putih – Bermaksud “SIANG”.

• Gabungan warna putih dan biru tersebut membawa maksud:
“MASA UNTUK BELAJAR IALAH SIANG DAN MALAM TANPA MENGABAIKAN BIDANG SUKAN”.
Read more ...

SENIKATA LAGU SK SERKAM

Sekolah Kebangsaan Serkam,sebagai permulaan.
Mendidik kami semua maju dalam pelajaran.
Tetap jadi ingatan bila kami dewasa.
Tak lupa dari ingatan, ingin membuat jasa.

Chorus
Janji dari kami, akan jadi murid terpuji.
Tidak ingkar kata, usaha maju jaya.

Sekolah Kebangsaan Serkam, ibu kandungan ilmu.
Penuh tunjuk ajar, dengan pimpinan guru,
Usaha belajar selalu bersama kawan teman.
Ilmu tinggi bermutu, pengetahuan suluh budiman.

-____________________________________________________________________


Sekolah Kebangsaan Serkam, as a beginning
Leading us to achieve better education
Always in our memory even when we have grown up
Not forgettable from our mind, trying to do our best

Chorus
We swear we will be the best pupils,
Always being honest and obedient
Strive for our successful future

Sekolah Kebangsaan Serkam, a place full of knowledge
Leading by teachers to achieve knowledge
Striving together with our dear friends
Highlyknowledge in order to be a brighter personality
Read more ...

PIAGAM PELANGGAN

Bahawasanya kami, warga Sekolah Kebangsaan Serkam berikrar akan sentiasa berusaha dan bersedia menyediakan perkhidmatan yang berkesan dan bermutu terhadap pelanggan kami.

Pihak kami akan berusaha menepati:

A. Pentadbiran

i. Memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada JPM, PPD, anak didik, ibu bapa dan agensi-agensi luar serta memberi layanan dengan mesra.
ii. Menerima teguran, aduan dan pandangan yang membina demi kepentingan pendidikan anak didik sekolah dalam suasana pemuafakatan.

B. Kurikulum

i. Melaksanakan asas penguasaan 3M yang kukuh kepada setiap anak didik.
ii. Berusaha meningkatkan pencapaian akademik dari aspek kualiti juga kuantiti dari semasa ke semasa.
iii. Menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membentuk akhlak dan sahsiah yang mulia.
iv. Menyediakan prasarana bilik darjah yang lengkap agar proses P & P dapat dilaksanakan dengan menarik dan berkesan.

C. Hal Ehwal Murid

i. Melaksanakan pelbagai program terhadap kebajikan anak didik.
ii. Membentuk akhlak dan sahsiah ke arah peningkatan disiplin dan nilai-nilai pasif di kalangan anak didik.
iii. Menyediakan persekitaran yang kondusif serta suasana yang ceria dan harmoni di sekolah bagi mencapai matlamat “ ponteng sifar “.
iv. Menyedia dan memastikan suasana selamat di sekolah dengan peraturan-peraturan yang di tetapkan.

D. Ko-Kurikulum

i. Membentuk anak didik menjadi insan yang cergas dan murni dari segi emosi, fizikal dan mental melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum.
ii. Memupuk semangat kepimpinan di kalangan anak didik dengan menyertai pelbagai persatuan, badan beruniform, permainan dan sukan.
iii. Melahirkan insan yang bersikap positif dan bekerjasama bagi mencapai sesuatu kejayaaan.
Read more ...

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

MATLAMAT

1. Memberi bimbingan yang efektif kepada murid ke arah kecemerlangan dalam bidang :

1.1 AKADEMIK
1.2 KOKURIKULUM

2. Membentuk peribadi murid yang :

2.1 BERAKHLAK MULIA
2.2 BERDISIPLIN
2.3 BERTANGGUNGJAWAB
2.4 BERHEMAH TINGGI

3. Mewujudkan perpaduan dan perasaan bangga serta sayangkan sekolah.

4. Sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip RUKUN NEGARA.




OBJEKTIF

Adalah diharapkan semua warga sekolah akan dapat:

1. Mengamalkan prinsip-prinsip RUKUN NEGARA.

2. Pencapaian yang tinggi dalam akademik dan kokurikulum

3. Berdisiplin , berhemah tinggi dan berbudi pekerti yang baik.

4. Bersikap membina dan berdedikasi.

5. Berasa bangga menjadi warga Sekolah Kebangsaan Serkam.
Read more ...
 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info