Tuesday, January 26, 2010

Bekas Guru Besar disaman guru

ALOR SETAR – Pada Oktober tahun lalu, seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahkota, Jalan Gambang di Kuantan, Pahang menyaman pengetuanya dan menuntut ganti rugi sebanyak RM228,000 kerana mendakwa pengetuanya telah menjejaskan reputasinya.

Pada tahun ini, ketika sesi persekolahan baru bermula 20 hari, budaya menyaman membabitkan guru dilihat semakin menular dalam institusi pendidikan di negara ini.

Semalam di Mahkamah Tinggi di sini, sepasang guru memfailkan saman berjumlah RM1.5 juta terhadap dua bekas guru besar mereka yang telah bersara dan seorang pegawai di Jabatan Pelajaran Kedah kerana mendakwa dianiaya sehingga menyebabkan mereka mengalami masalah mental yang dahsyat.

Pasangan suami isteri itu ialah Mohd. Afandi Abd. Hamid, 39, plaintif pertama manakala isterinya Roziaini Mohd. Rozi, 38, plaintif kedua.

Kedua-dua plaintif menamakan Munajat Tamrin, pegawai di Jabatan Pelajaran sebagai defendan pertama.

Noriah Murad, bekas guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Setar, Jalan Langgar tempat Roziaini mengajar pada tahun 2004, defendan kedua.

Defendan ketiga, Abdul Aziz Hanifa, bekas guru besar SK Iskandar, Alor Setar tempat Mohd. Afandi bertugas pada 2004.

Mohd. Afandi kini mengajar di SK Seri Perdana di sini manakala Roziaini mengajar di SK Tengku Raudzah di sini.

Mohd. Afandi memberitahu, dia dan isteri bertindak memfailkan saman terhadap ketiga-tiga defendan itu kerana mendakwa mereka telah mengakibatkan dia dan isterinya mengalami tekanan perasaan.

Mengikut writ saman, defendan pertama didakwa menghalang pertukaran plaintif kedua namun dengan bantuan kerajaan negeri pada masa itu, plaintif kedua berjaya dalam permohonan pertukarannya dan dipercayai menyebabkan defendan pertama tercabar.

Selepas bertukar ke SK Alor Setar, plaintif kedua mendakwa defendan pertama dan defendan kedua berkonspirasi untuk menganiaya dia sehingga menyebabkan pergerakan gajinya ditahan semasa dia mengajar di sekolah itu.

Defendan kedua juga didakwa menuduh plaintif kedua sebagai ‘gila’ hanya kerana dia pada masa itu mendapatkan rawatan pakar psikiatri.

Plaintif pertama pula mendakwa, defendan pertama berkonspirasi dengan defendan ketiga iaitu guru besar SK Iskandar dipercayai untuk meneruskan ‘serangan’ terhadap dia dan isterinya.

Read more ...

Pemimpin Penuh idea

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Penglibatan Allahyarham Tun Ghazali Shafie dalam pembentukan Rukun Negara selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969 disifatkan sebagai satu sumbangan besar negarawan tersebut kepada negara.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata, jika rakyat mahu mengenal dan mengingati sumbangan Ghazali atau lebih dikenali King Ghaz, mereka boleh membaca dan menghayati prinsip-prinsip yang terdapat dalam Rukun Negara.

Jelasnya, beliau dan Allahyarham merupakan antara pemimpin yang terlibat dalam menjana idea dan resolusi pembentukan Rukun Negara.

"Antara perkara yang boleh diingati tentang Allahyarham adalah prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara,'' katanya ketika ditemui pada majlis pengkebumian Allahyarham di Makam Pahlawan, Masjid Negara di sini hari ini.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan Ghazali sebagai seorang yang penuh dengan idea dan pendekatan 'luar biasa' serta pemikiran di luar kotak.

Jelas beliau, pendekatan yang diamalkan ketika memegang jawatan Menteri Dalam Negeri satu ketika dulu, masih diteruskan sehingga sekarang.

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) sekarang masih meneruskan kesinambungan idea dan pendekatan yang pernah beliau laksanakan dalam isu keselamatan serta kedudukan negara," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, Ghazali merupakan seorang yang banyak membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tugas-tugas menjaga keamanan ketika zaman darurat.

"PDRM banyak belajar daripada Ghazali terutama dalam melakukan tindakan selain idea bagi meningkatkan profesionalisme pasukan polis," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, King Ghaz terlibat secara langsung dalam pembangunan Dasar Ekonomi Baru (DEB) selepas negara diancam komunis dan ia sumbangan yang tidak ternilai kepada rakyat dan negara ini.

Katanya, ketika itu King Ghaz banyak mengambil pendekatan menjalinkan kerjasama dengan negara luar selain membantu dalam menyelesaikan krisis bersama Tentera Merah Jepun (Red Japanese Army).

"Semasa itu beliau terlibat membantu orang awam dan rakyat epun yang ditawan di Bangunan AIA tanpa sebarang kejadian buruk," katanya ketika ditemui di majlis pengkebumian Allahyarham Ghazali.

Dalam pada itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Afdal berkata, beliau mengenali Ghazali ketika era kemerdekaan dan tokoh penting dalam usaha membentuk Malaysia.

"Sumbangan dan khidmat baktinya amat besar kepada negara dan tidak akan dilupakan oleh segenap masyarakat di Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mengucapkan takziah atas pemergian King Ghaz yang disifatkan tegas ketika memegang jawatan Pengerusi Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) pada 1989-1991.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob pula berkata, Allahyarham boleh disifatkan sebagai 'Bapa' kepada Kementerian Luar Negara sehingga nama kementerian itu sinonim dengan Wisma Putra.

''Walaupun Allahyarham pernah menggalas tanggungjawab Menteri Dalam Negeri namun jasanya lebih banyak di Kementerian Luar,'' ujarnya.

Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral (B) Tan Sri Hashim Mohd. Ali pula berkata, jasa King Ghaz kepada negara amat besar.

"Keputusan kerajaan menyemadikan jenazah di Makam Pahlawan merupakan penghormatan yang sangat wajar untuk Allahyarham," katanya.

Read more ...

Sultan Johor Mangkat


Dari Berita Harian Online.

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar.

Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.

Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi.

Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi.

Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja.

Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.

Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.

“Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari,” katanya.

Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri.

“Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri,” katanya.
Read more ...

Monday, January 25, 2010

Merentas Desa Peringkat Sekolah 2010

Merentas Desa Peringkat Sekolah bagi tahun 2010 telah berjaya dijalankan pada hari Isnin , 25 Januari 2010 aritu.Berkobar-kobar anak-anak kita merentas belukar , tepi pantai , belakang pintu rumah orang dan banyak tempat lagi la...Kelihatan Cecikgu pun menitik peluh jantan! Bak kata orang , berbaloi-baloi aktiviti aritu....







Dengar sini baik-baik wahai rakyat jelata, kita akan mula berlari tepat jam 4.30 petang.... Diharap anda semua bersedia.....











Aku tak kira, aku nak jaga sini jugak.Orang kata kat sini cendol durian sedap........".











Senyum kambing....

Read more ...

Monday, January 11, 2010

Penat ooo.....

Kak Rosnah, cepat-cepat.Saya pilih akak tulis.....adussss....


Aduh, peningnya kepalaku pikirkan masalah H1n1 ne.Naik pitam aku pakai topeng lama-lama!!


Kakak, awak persatuan apa?? pantas-pantas la sikit nulis tu.lamabat nau....


Peace........

Penat aku cakap, bukan dengo budak-budak ne......Dah-dah... lekas gerak!!












Read more ...

Friday, January 8, 2010

Selamat Kembali ke sekolah



Hari ini 4/1/2010, bermulalah sesi persekolahan 2010. Pihak SK Serkam mengucapkan Selamat Kembali Ke Sekolah dan Selamat Datang kepada murid-murid Tahun 1 dan Prasekolah. Sejak awal-awal pagi lagi ramai ibu bapa telah menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Semoga semua mendapat kejayaan yang lebih cemerlang di tahun baru ini.


Read more ...

Pembinaan Bangunan Tambahan 4 tingkat



















Projek cadangan pembinaan dan menyiapkan bangunan tambahan 4 tingkat dan bangunan-bangunan lain sedang giat dijalankan oleh Ds Sempurna Snd Bhd.Projek bermula pada 23 Julai 2009 dan di jangka akan siap pada 21 Julai 2010.Eeeeeeeee....tak sabau rasenyer nak pindah tunggu .....cepat siap banyak masalah selesai....Cepat la abang kontraktor!!
Read more ...
 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info