Tuesday, October 26, 2010

Program Adik-Adikku Musim kedua



Rancangan Realiti TV Adik-Adikku merupakan sebuah rancangan realiti TV terbaru berkonsepkan hiburan dan pendidikan ini mengetengahkan bakat seramai 20 penda'ie kecil yang menunjukkan persembahan melalui pidato yang disusuli dengan tarannum, nasyid, bacaan surah dan sebagainya. Penda'ie kecil ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada Murabbi yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal di Malaysia iaitu Dr Redhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zawawi Yusof, Ustaz Zamri Zainoldin dan Ustazah Asni Abu Mansor.

Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran (MEP) JAKIM dengan kerjasama RTM telah menerbitkan satu rancangan realiti TV kanak-kanak Adik-Adikku. Ia merupakan rancangan realiti tv kanak – kanak dalam skop agama yang setanding dengan rancangan realiti sedia ada. Ia bertujuan membantu melahirkan karisma kepimpinan dan kebolehan kanak – kanak menjadi pemimpin masa hadapan. Beberapa sesi ujibakat telah diadakan di seluruh Malaysia bagi mencari 20 peserta yang berbakat dan antara kriteria yang dicari adalah bijak berpidato, bertarannum dan mengaji. Peserta-peserta dikumpulkan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) selama 3 minggu dan wajib mengikuti pembelajaran dalam kelas serta aktiviti riadah seperti memanah dan berkuda sehingga mereka mampu lahir sebagai pemimpin kecil. Peserta-peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan yang dipimpin oleh murabbi masing-masing, terdiri daripada Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zamri Zainuldin, Ustaz Zawawi Yusof, dan Ustazah Asni Mansor. Selain daripada itu, peserta-peserta juga dibawa melawat sambil belajar ke beberapa tempat seperti Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Muzium Kesenian Islam, Planetarium Negara, Aquaria KLCC, Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Memorial Tun Abdul Razak, Petrosains KLCC dan Denai Alam. Pertandingan ini diadakan secara berperingkat iaitu pusingan pertama, suku akhir, separuh akhir pertama, separuh akhir kedua serta pertandingan akhir dan persembahan mereka dinilai oleh juri-juri profesional. Peserta yang memberikan persembahan kurang memuaskan akan dilepaskan daripada menyertai pertandingan berikutnya.

Rancangan sebanyak 25 episod ini akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat selama 30 minit pada jam 6.30 petang di TV1 manakala siaran ulangannya pada jam 9.30 pagi hari berikutnya.

Tahniah Alia...

Read more ...

Friday, October 22, 2010

Penganugerahan Alumni Sahabat PPDa Petronas Pkt Kebangsaan




Tahniah kepada Adik Siti Nur Alia Bt Safri kerana telah menerima Anugerah Alumni Sahabat PPDa Petronas Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 18 - 20 Oktober 2010 di Tiara Beach Resort.

Read more ...

Monday, October 18, 2010

Majlis Penyerahan Wang Zakat Kepada Pelajar Miskin








Majlis Penyerahan Wang Zakat Kepada Pelajar Miskin ini telah diadakan pada 13 Oktober 2010 yang lalu bertempat di makmal komputer SK Serkam.Wang ini disumbangkan oleh Bank Rakyat kepada 25 orang murid.
Read more ...

Friday, October 8, 2010

Perkhemahan Unit Beruniform 2010


Sedang meneima taklimat dari urusetia Pusat KO Lanchang.


Mendirikan khemah


Aktiviti fliying fox


Taklimat Climbing


Read more ...

Aktiviti selepas UPSR


Kraftangan daripada sepit kayu

Read more ...

Jadual UPSR 2010

Read more ...

Bacaan Yasin dan Solat Hajat UPSR


Pada 15 September 2010, SK Serkam telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat sebagai usaha bagi membantu calon-calon UPSR tahun ini. Majlis ini diadakan bermula jam 7.00 hingga 10.00 malam di dewan sekolah. Jemputan terdiri daripada guru-guru , PIBG dan ibu bapa kepada calon yang menduduki UPSR.Lebih kurang 150 orang yang hadir bagi bersama -sama mendoakan kejayaan anak didik SK Serkam.Kali ini, majlis ini diketuai oleh Imam ......................... . " Kejayaan anda kebanggaan kami'.
Read more ...
 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info