Wednesday, December 2, 2009

KATA ALUAN GURU BESAR

Teknologi Maklumat di peringkat sekolah kini menjadi satu lagi saluran yang berperanan yang penting ke arah mencapai matlamat Dasar dan Falsafah Pendidikan Negara dalam era terkini.

Di zaman yang begitu canggih dan penuh mencabar, setiap warga pendidik dan pelanggan Jabatan Pendidikan juga harus mengikuti arus perubahan ini. Untuk kecemerlangan itu, warga Sekolah Kebangsaan Serkam juga berusaha untuk mempertingkatkan martabat pendidikan selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk menubuhkan sekolah-sekolah bestari di seluruh Malaysia.Ke arah itu, Sekolah Kebangsaan Serkam sedang berusaha untuk memperlengkapkan kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajaran dengan teknologi terkini. Pelajar-pelajar sedaya upaya didedahkan dengan penggunaan alatan berteknologi.

Atas kesedaran ini juga, guru-guru dihantar untuk menimba ilmu di dalam bidang yang diagih-agihkan supaya semua guru mendapat pengetahuan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah pula.

Diharapkan dengan adanya 'Laman Web Sekolah Kebangsaan Serkam' ini dapat mempertingkatkan lagi mutu produk berharga harapan para ibu bapa.

Sekian, terima kasih.



Tn Hj Abbas b Aman

Guru Besar SK Serkam

PN HJH NORA BT ISMAIL.

Bookmark and Share

No comments:

Post a Comment

 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info