Sunday, November 21, 2010

Annual Dinner






Read more ...

Friday, November 19, 2010

Jamuan Perpisahan Murid Tahun 6









Majlis Jamuan Perpisahan bagi murid Tahun 6 telah dijalankan pada 3 Nov 2010 yang lalu di Dewan SK Serkam.emmm... meriah jugak la majlis nie.Semua guru dijemput hadir bagi memeriahkan majlis nie.Menu utama ialah nasi tomato.Ada sate, ais krim, cendol , kek , dan berjenis-kuih muih yang dihidangkan.memamg kenyang la cikgu-cikgu makan hari tu.
Tapi yang paling utama, majlis ini diadakan khas untuk semua guru dengan ucapan"Terima Kasih Cikgu..." yang diketuai oleh adik Amirul Hassan B Abu Bakar, Ketua murid sessi 2010.Cikgu-cikgu pun turut rasa terharu...maklum la 6 tahun bersama.Banyak kenangan bersama mereka.Apa yang cikgu boleh katakan ialah...Semoga anda sabar dan tabah menghadapai dunia yang lebih mencabar.Ingat Allah pasti temui jalan yang lurus.Ingat anakanda...banyak dugaan yang bakal kamu tempuhi....laluinya denga tabah.i-allah berjaya...
Read more ...

Hari Anugerah Cemerlang 2010






Read more ...

Tuesday, November 9, 2010

Pertandingan Deklamasi Sajak Sekolah Rendah Peringkat Negeri Melaka




Selasa, 9 November 2010, Pertandingan Deklamasi Sajak Sekolah Rendah Peringkat Negeri Melaka telah diadakan di Mahkota Parade Melaka.Pertandingan ini dirasmikan oleh Tn Hj Daud B Abdull, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPNM dengan diiringi oleh En Mohni B HAmzah, Penyelia Unit KOku, PPD Jasin Melaka.

Pertandingan Deklamasi Sajak yang dikelolakan oleh SK Serkam ini bertujuan untuk melahirkan deklamator di kalangan murid sekolah rendah di samping mengenengahkan bakat dan ketrampilan serta membina keyakinan diri berinteraksi melalui persembahan.

Pertandingan ini disertai 16 buah sekolah rendah Negeri Melaka dan dihakimi oleh barisan hakim iaitu En Kamarudin B Bakar ( Petronas), En Fairuzan B Abdul Majid ( Jab.Penerangan) dan En Sharul Mubarak B Ahmad (SA Melaka).

Keputusaan Pertandingan:
1. Adik Mohamad Asyraff B Shahabudin (SK Batang Melaka)
2. Adik Nornajwa Bt Zainuddin ( SK Batu Berendam 2)
3. Adik Izyan Ainaa Bt Khasbullah (SK Durian Tunggal)
4. Adik Mohd Aqmal Hakim B Al Azmi (SK Serkam)
5. Adik Nurain Bt Wahid ( SK Bukit Beruang)
Read more ...

Tuesday, October 26, 2010

Program Adik-Adikku Musim kedua



Rancangan Realiti TV Adik-Adikku merupakan sebuah rancangan realiti TV terbaru berkonsepkan hiburan dan pendidikan ini mengetengahkan bakat seramai 20 penda'ie kecil yang menunjukkan persembahan melalui pidato yang disusuli dengan tarannum, nasyid, bacaan surah dan sebagainya. Penda'ie kecil ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada Murabbi yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal di Malaysia iaitu Dr Redhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zawawi Yusof, Ustaz Zamri Zainoldin dan Ustazah Asni Abu Mansor.

Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran (MEP) JAKIM dengan kerjasama RTM telah menerbitkan satu rancangan realiti TV kanak-kanak Adik-Adikku. Ia merupakan rancangan realiti tv kanak – kanak dalam skop agama yang setanding dengan rancangan realiti sedia ada. Ia bertujuan membantu melahirkan karisma kepimpinan dan kebolehan kanak – kanak menjadi pemimpin masa hadapan. Beberapa sesi ujibakat telah diadakan di seluruh Malaysia bagi mencari 20 peserta yang berbakat dan antara kriteria yang dicari adalah bijak berpidato, bertarannum dan mengaji. Peserta-peserta dikumpulkan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) selama 3 minggu dan wajib mengikuti pembelajaran dalam kelas serta aktiviti riadah seperti memanah dan berkuda sehingga mereka mampu lahir sebagai pemimpin kecil. Peserta-peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan yang dipimpin oleh murabbi masing-masing, terdiri daripada Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zamri Zainuldin, Ustaz Zawawi Yusof, dan Ustazah Asni Mansor. Selain daripada itu, peserta-peserta juga dibawa melawat sambil belajar ke beberapa tempat seperti Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Muzium Kesenian Islam, Planetarium Negara, Aquaria KLCC, Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Memorial Tun Abdul Razak, Petrosains KLCC dan Denai Alam. Pertandingan ini diadakan secara berperingkat iaitu pusingan pertama, suku akhir, separuh akhir pertama, separuh akhir kedua serta pertandingan akhir dan persembahan mereka dinilai oleh juri-juri profesional. Peserta yang memberikan persembahan kurang memuaskan akan dilepaskan daripada menyertai pertandingan berikutnya.

Rancangan sebanyak 25 episod ini akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat selama 30 minit pada jam 6.30 petang di TV1 manakala siaran ulangannya pada jam 9.30 pagi hari berikutnya.

Tahniah Alia...

Read more ...

Friday, October 22, 2010

Penganugerahan Alumni Sahabat PPDa Petronas Pkt Kebangsaan




Tahniah kepada Adik Siti Nur Alia Bt Safri kerana telah menerima Anugerah Alumni Sahabat PPDa Petronas Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 18 - 20 Oktober 2010 di Tiara Beach Resort.

Read more ...

Monday, October 18, 2010

Majlis Penyerahan Wang Zakat Kepada Pelajar Miskin








Majlis Penyerahan Wang Zakat Kepada Pelajar Miskin ini telah diadakan pada 13 Oktober 2010 yang lalu bertempat di makmal komputer SK Serkam.Wang ini disumbangkan oleh Bank Rakyat kepada 25 orang murid.
Read more ...

Friday, October 8, 2010

Perkhemahan Unit Beruniform 2010


Sedang meneima taklimat dari urusetia Pusat KO Lanchang.


Mendirikan khemah


Aktiviti fliying fox


Taklimat Climbing


Read more ...

Aktiviti selepas UPSR


Kraftangan daripada sepit kayu

Read more ...

Jadual UPSR 2010

Read more ...

Bacaan Yasin dan Solat Hajat UPSR


Pada 15 September 2010, SK Serkam telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat sebagai usaha bagi membantu calon-calon UPSR tahun ini. Majlis ini diadakan bermula jam 7.00 hingga 10.00 malam di dewan sekolah. Jemputan terdiri daripada guru-guru , PIBG dan ibu bapa kepada calon yang menduduki UPSR.Lebih kurang 150 orang yang hadir bagi bersama -sama mendoakan kejayaan anak didik SK Serkam.Kali ini, majlis ini diketuai oleh Imam ......................... . " Kejayaan anda kebanggaan kami'.
Read more ...

Wednesday, August 18, 2010

Tema-tema Kemerdekaan


Tak lama lagi kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan kali yang ke 53.Oleh itu apa kata kita mengimbas semula tema-tema hari kemerdekaan pada tahun-tahun lepas.Sebenarnya hari kemerdekaan hanya mempunyai tema bermula daripada tahun 1970.Setiap tahun tema ini diubah mengikut situasi semasa kecuali tahun 1988-1989 dan tahun 2000-2006.

1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000-
2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Read more ...

Nazir datang...!






Kami warga SK Serkam mengucapkan selamat datang kepada En Yazid B Jeli, Jemaah Nazir sekolah yang hadir dan berkampung di sekolah kami bermula pada 12 hingga 13 Ogos 2010.Diharap agar cikgu-cikgu PJK bersedia.....

Hendaknya suasana dan iklim sekolah kami ini boleh memberikan kesegaran dan ketenangan kepada tuan semua.

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum..
Syukran.

Read more ...
 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info