Sunday, March 27, 2011

Bengkel Movie Maker 2011

Photobucket

Kertas Kerja

Bengkel Movie Maker Peringkat Sekolah, 2011

1.0 PENDAHULUAN

Program ini dirancang untuk memantapkan lagi kemahiran dalam bidang ICT di kalangan peserta pelajar-pelajar SK Serkam..Kertas kerja ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak pentadbir, Guru Besar Pn Hjh Nora Bt Ismal bagi tujuan penganjuran seminar ICT bertemakan “Kemantapan ICT Dalam Dunia Kanak-kanak.” pada 26 Mac 2011 ( Sabtu ) bertempat di Makmal Komputer SK Serkam.Program ini dianjurkan dengan mempunyai dua matlamat utama iaitu

· menjadikan para peserta berupaya membentuk diri supaya berkemahiran tinggi dalam dunia ICT.

· program ini dirangka dengan hasrat menyatukan pelajar-pelajar tahap 2 tahun 4, 5 dan 6 supaya dapat bersama-sama dan mencurahkan idea bagi memantapkan prestasi individu serta menunjukkan bakat dan kemahiran dalam bidang ICT.

1.0 OBJEKTIF

Penganjuran seminar ICT ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif yang telah digariskanseperti berikut:

1. Memantapkan ilmu dan kemahiran peserta dalam mentadbir sumber ICT

2. Menggalakkan perkongsian pengalaman dalam pembelajaran penggunaan ICT

3. Meninjau dan meneroka perkembangan teknologi ICT

4. Meningkatkan daya inovatif dan kreatif peserta dalam ICT

5. Meningkatkan minat terhadap ICT

2.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Kami telah merancang program ini sejak awal bulan Januari lagi. Idea untuk menjalankan program ini dicetuskan oleh rakan-rakan seperjuangan di kalangan guru SK Serkam.Seterusnya, kami menjalankan sesi mesyuarat di kalangan ahli jawatankuasa program bagi merangka aturcara program ICT ini. Mereka telah memberi maklum balas yang menggalakkan dan kami sebulat suara telah bersetuju untuk menjalankan program ini.Selain itu, kami turut berbincang dengan beberapa urusetia luar bagi tujuan melicinkan lagi proses perlaksanaan program. Kami telah mengambil keputusan untuk menjalankan program bengkel ICT ini dalam tempoh masa terdekat.

3.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 26 Mac 2011 ( Sabtu )

Tempat : Makmal Komputer Sk Serkam

Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari

Peserta : Pelajar Tahap 2 ( Tahun 4 , 5 dan 6 )

4.0 TENTATIF PROGRAM

08.30 pagi : Ketibaan peserta-peserta program

08.35 pagi : Pendaftaran peserta

09.00 pagi : Aktitviti ICT ( Bengkel Movie Maker )

12.00 pagi : Majlis tamat

Disediakan oleh :

Waidah Binti Abd Talib

Read more ...

Monday, March 21, 2011

Pelancaran Nilam 2011

pelancaran nilam 2011
ISNIN, 21 Mac 2011 – Berlangsungnya Pelancaran Program NILAM SK Serkam. Pelancaran disempurnakan oleh Pegawai BTPN. Turut hadir sama adalah En. Zaidi B Jaafar,Pegawai PKG Serkam (14). Nadi Ilmu amalan Membaca (NILAM) ini secara tidak langsung perasmian ini akan dapat memberikan suatu impak yang besar kepada sekolah seterusnya kepada pelajar-pelajar untuk lebih aktif dalam program ini bagi menjamin peningkatan peratusan perolehan pingat untuk Peringkat Jauhari dan Rakan Pembaca(RP).Program ini turut menyediakan murid mahir dan minat membaca sehingga terbitnya satu tabiat "suka membaca" selain meggunakan pelbagai bahan sebagai sumber bacaan. Terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya pihak Guru Besar dan warga SK Serkam.Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada Adik Siti Nur Alia Bt Safri kerana menjadi Johan Nilam Peringkat Negeri Melaka Kategori Kawasan Luar Bandar Tahun 2011.Semoga kecemerlangan akan diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Read more ...

Friday, March 11, 2011

Mesyuarat Agong PIBG Kali KE 37

Mesyuarat Agong kali ke 37,2011

SK SERKAM, Merlimau Melaka - Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Serkam telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37 pada 11 Mac 2011, bertempat di Dewan SK Serkam. Majlis tersebut yang bermula pada jam 3.00 petang telah dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Yang Dipertua PIBG, En. Otman B Salleh. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir walaupun terpaksa mengorbankan waktu rehat, dan ini menunjukkan bahawa para ibu bapa prihatin dengan perkembangan sekolah dan anak-anak mereka yang belajar di SK Serkam. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Guru Besar, Pn Hjh Nora Bt Ismail yang menerangkan serba-sedikit tentang program-program yang dijalankan, pengukuran pencapaian murid di SK Serkam, dan kepentingan ibu-bapa memastikan agar anak masing-masing menghadiri program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Seerkam 2011 pula telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah (PPD JASIN) En Yusuf B Ahmad.

Selesai perasmian, semua yang hadir telah menikmati persembahan murid-murid SK Serkam di bawah bimbingan PN Norliza Bt Md Yamin.Majlis kemudiannya disambung dengan sesi Mesyuarat Agung yang dimulakan dengan pembentangan minit mesyuarat yang lalu oleh Setiausaha PIBG, Pn Siti Hawa Bt Omar. Rekod kewangan pula telah dibentangkan oleh Bendahari PIBG, Pn Azlina Bt Sarpan sejurus sebelum pembahasan usul-usul yang dibangkitkan oleh ahli-ahli jawatankuasa PIBG dan para ibu-bapa. Selepas pembahasan usul, lantikan jawatankuasa baru PIBG telah dijalankan dan dikendalikan oleh Yang Dipertua PIBG. Semua ahli PIBG yang hadir telah sebulat suara untuk mengekalkan barisan jawatankuasa sedia ada, dan melantik ahli-ahli jawatankuasa yang baru untuk mengisi tempat-tempat yang dikosongkan atas beberapa sebab. Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Serkam Kali Ke-37 kemudiannya ditutup dengan ucapan penggulungan oleh beberapa orang ibu bapa dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Serkam. Majlis berakhir sekitar jam 6.00 petang.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Serkam mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, dan mengharapkan komitmen yang terbaik daripada semua pihak dalam menjayakan agenda PIBG dan sekolah untuk tahun 2011. Minit mesyuarat bagi majlis tersebut telah dicatat oleh Pn Suzana Bt Zainuddin dan Pn Rosnah Bt man.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37

SESI 2011 / 2012

11 MAC 2011

DEWAN SK SERKAM

SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM

MASA: 3.00 PETANG

PERASMI:

EN.YUSOF BIN AHMAD

PEGAWAI PELAJARAN DAERAH JASIN (PPD JASIN)

TENTATIF MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE TIGA PULUH TUJUH SESI 2011/2012

2.30 Petang - Kehadiran Ibu bapa dan Pendaftaran

3.00 Petang - Ketibaan Tetamu Jemput

3.10 Petang - Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis

- Bacaan Doa

3.15 Petang - Ucapan YDP PIBG SK SERKAM

( En Othman B Salleh )

3.30 Petang - Ucapan Guru Besar selaku Penasihat PIBG

( Pn HJH Nora BT Ismail )

4.00 Petang - Ucapan Perasmian oleh Encik Yusof B Ahmad

( Pegawai Pelajaran Daerah Jasin (PPD Jasin )
- Persembahan Murid

- Jamuan Makan

4.30 Petang - Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2011/2012

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2011//2011
1.
Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 Sesi 2010/2011.
2. Bangkitan-bangkitan daripada minit.3. Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2010/2011.
4. Membentangkan dan Meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2010.
5.Mambahaskan usul-asul jika ada.

6.
Ucapan Penangguhan. 12.00tgh
7. Jamuan dan
majlis bersurai


AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SESI 2011/2012

Penasihat

Pn Hjh Nora Bt Ismail

(Guru Besar)

Penolong Penasihat

Pn Hjh Kastama Bt Ali

(GPK Kurikulum)

Yang Di-Pertua

En Othman B Hj Salleh

Naib Yang Di Pertua

Tn Hj Mohamad B Hj Tain

Setiausaha

Pn Siti Hawa B Omar

Penolong Setiausaha

Pn Sanisah Bt Salleh

Bendahari

Pn Azlina Bt Sarpan

Ahli Jawatankuasa

En Mohamad B Kassim
En Rahman B Siran
Tn Hj Alias B Ab Latif
En Zakaria B Abu Bakar
En wan Azli B Wan Azmi
Pn Rosnah Bt Man
Pn Suzana Bt zainuddin
En Khirham B Abdullah
En Azman B Bahari
Pn Noelenda Bt Md Yasan
En Mohd Asri B Johar
En Lokman B Yusof
Tn Hj Abd Rahman B Mohamad
En Lokman B Yusof
Pn Masirah Bt Mat
Pn Rosnani Bt Tahir

Juruaudit

En Absul Samad B Mohd Said

En Kamaruddin B Kassim



Read more ...

Adik Siti Nur Alia Bt Safri,Peserta Adik-adikku Musim Ke2

Alia safri adi2ku
Info Rancangan Program Adik-Adikku

Pada 21hb Mac 2011, final adik-adikku musim ke-2 akan di adakan di PICC, Dewan B,pada jam 9.00mlm.. Majlis ini akan di Rasmikan oleh Y.A.B Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi rancangan realiti ini, serta memberi sokongan kepada finalis yang akan berentap di pentas akhir.

Salah seorang peserta musim kedua ini ialah pelajar dari SK Serkam iaitu Adik Siti Nur Alia Bt Safri.Kelayakan beliau dinilai melalui bakat bercerita, berpidato, bernazam , mengaji dan sebagainya.Adik Alia yang kini belajar di tahun 6 amatlah berbakat dan bercita-cita untuk menjadi seorang saintis yang berjaya.

Pengumuman peserta akhir amatlah dinanti-nantikan oleh seluruh warga SK Serkam.Semoga kejayaan menjadi milik Adik Alia.Doa kami sentiasa mengiringi Adik Alia di samping membawa nama SK Serkam ke mercu kejayaan.i-allah....

Pada malam yang dinanti-nantikan itu, anda dijemput hadir bersama.Kemasukan adalah percuma.. Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan kehebatan para finalis perserta Rancangan Adik-Adikku Musim 2 kali ini. Secara keseluruhan, kesemua peserta menyakin para juri yang hadir bahawa mereka semua layak menjadi Pendai'e kecil.

Pada malam itu juga, para penonton juga akan disajikan dengan persembahan hebat daripada artis jemputan. Nak tahu siapakah artis jemputan pada malam itu nanti, sama-samalah kita datang membanjiri Dewan B, di PICC pada 21hhb Mac 2011 .


Read more ...

Thursday, March 10, 2011

Johan Nilam peringkat Negeri Melaka Tahun 2010





Pada 7 Mac 2011, seramai 3 orang krew dari JAKIM dan RTM membuat penggambaran DIARI ALIA di Sekolah Kebangsaan Serkam sempena program Adik-adikku Musim Kedua. Pada hari yang sama Siti Nur Alia turut menerima hadiah sempena penganugerahan Tokoh Nilam Kategori Luar Bandar 2011 Peringkat Negeri Melaka. Pada majlis tersebut, Encik Shahiddin Md Shah dari Unit Perhubungan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka turut hadir mewakili Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.

Penggambaran tersebut bagi mengisi slot DIARI PESERTA ADIK-ADIKKU Musim KEDUA. Penggambaran itu merakam aktiviti Siti NurAlia di sekolah selaku Ketua Pengawas dan atlit MSSM. Penggambaran tersebut turut merakamkan temuramah Puan Hjh Nora Ismail selaku Guru Besar dan Puan Norliza Hj Md Yamin selaku guru pembimbing. Puan Raha Rahayu selaku ibu kepada Siti Nur Alia mengucapkan terima kasih atas sokongan semua dan sama-sama kita doakan agar Siti Nur Alia Safri berjaya di peringkat akhir pada 21 Mac 2011 secara lansung di TV 1.
Read more ...

Kawasan Merlimau Pembuka Tirai MTQSS 2011

mtq2011

Kawasan Merlimau yang sedang hangat dengan demam pilihanraya kecil telah mencatat sejarah tersendirinya juga apabila muncul kawasan pertama melaksanakan program Majlis Tadarus al-Quran bagi tahun 2011 ini.

Majlis bagi kategori sekolah rendah ini telah dilangsungkan di SK Merlimau Melaka bermula jam 8.00 pagi . Antara pertandingan yang dijalankan adalah Tilawah al-Quran, hafazan dan juga bercerita. Semuanya dibahagikan kepada 2 kategori iaitu lelaki dan perempuan melibatkan 17 buah sekolah rendah di kawasan ini termasuk SABK.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Hj. Mohmd, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka. Dalam ucapannya beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada warga SK Merlimau yang telah dapat mengendalikan program ini dengan lancar dan cemerlang. Beliau juga berharap agar para peserta meneruskan latihan dan sesi mengasah bakat mereka agar boleh menjadi peserta yang terbaik seterusnya berpeluang mewakili Melaka ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Pulau Pinang kelak

Read more ...

Saturday, March 5, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah 1432H

sambutan maulidurrasul 2011

Sambutan Maulidur Rasul pringkat sekolah telah diadakan pada 4 Mac 2011 bersamaan 1432 bertempat di Dataran SK Serkam.Majlis dimulakan tepat jam 7.45 pagi dengan bacaan Asma Al-Husna diikuti dengan doa oleh Ustaz Mohd Azim Fikri B Isnin.Penceramah jemputan pada pagi itu ialah Ustaz Omar B Man dari SMK SDARY.

Sambutan ini diadakan bertujuan untuk melahirkan warga SK Serkam yang mengenali,mengingati dan mencintai junjungan Besar Rasullullah s.a.w.Selain itu, dapat membantu murid-murid menyebut dan mengingati sirah kehidupan Nabi Muhammad dari awal kelahiran sehingga wafatnya beginda.Sesungguhnya cinta kepada Rasullullah adalah salah satu ibadah yang paling mulia di sisi Allah SWT kerana dengannyalah kita akan sampai kepada Allah SWT sehingga Imam Sya'roni RA setiap setelah solat, wiridnya adalah " Allahumma habbibni ilannabi SAW yang bermaksud : Ya Allah, tambahkanlah rasa cintaku kepad Rasullullah. i-allah...
Read more ...
 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info