Friday, March 11, 2011

Mesyuarat Agong PIBG Kali KE 37

Mesyuarat Agong kali ke 37,2011

SK SERKAM, Merlimau Melaka - Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Serkam telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-37 pada 11 Mac 2011, bertempat di Dewan SK Serkam. Majlis tersebut yang bermula pada jam 3.00 petang telah dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Yang Dipertua PIBG, En. Otman B Salleh. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir walaupun terpaksa mengorbankan waktu rehat, dan ini menunjukkan bahawa para ibu bapa prihatin dengan perkembangan sekolah dan anak-anak mereka yang belajar di SK Serkam. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Guru Besar, Pn Hjh Nora Bt Ismail yang menerangkan serba-sedikit tentang program-program yang dijalankan, pengukuran pencapaian murid di SK Serkam, dan kepentingan ibu-bapa memastikan agar anak masing-masing menghadiri program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Seerkam 2011 pula telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah (PPD JASIN) En Yusuf B Ahmad.

Selesai perasmian, semua yang hadir telah menikmati persembahan murid-murid SK Serkam di bawah bimbingan PN Norliza Bt Md Yamin.Majlis kemudiannya disambung dengan sesi Mesyuarat Agung yang dimulakan dengan pembentangan minit mesyuarat yang lalu oleh Setiausaha PIBG, Pn Siti Hawa Bt Omar. Rekod kewangan pula telah dibentangkan oleh Bendahari PIBG, Pn Azlina Bt Sarpan sejurus sebelum pembahasan usul-usul yang dibangkitkan oleh ahli-ahli jawatankuasa PIBG dan para ibu-bapa. Selepas pembahasan usul, lantikan jawatankuasa baru PIBG telah dijalankan dan dikendalikan oleh Yang Dipertua PIBG. Semua ahli PIBG yang hadir telah sebulat suara untuk mengekalkan barisan jawatankuasa sedia ada, dan melantik ahli-ahli jawatankuasa yang baru untuk mengisi tempat-tempat yang dikosongkan atas beberapa sebab. Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Serkam Kali Ke-37 kemudiannya ditutup dengan ucapan penggulungan oleh beberapa orang ibu bapa dan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Serkam. Majlis berakhir sekitar jam 6.00 petang.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Serkam mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, dan mengharapkan komitmen yang terbaik daripada semua pihak dalam menjayakan agenda PIBG dan sekolah untuk tahun 2011. Minit mesyuarat bagi majlis tersebut telah dicatat oleh Pn Suzana Bt Zainuddin dan Pn Rosnah Bt man.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-37

SESI 2011 / 2012

11 MAC 2011

DEWAN SK SERKAM

SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM

MASA: 3.00 PETANG

PERASMI:

EN.YUSOF BIN AHMAD

PEGAWAI PELAJARAN DAERAH JASIN (PPD JASIN)

TENTATIF MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE TIGA PULUH TUJUH SESI 2011/2012

2.30 Petang - Kehadiran Ibu bapa dan Pendaftaran

3.00 Petang - Ketibaan Tetamu Jemput

3.10 Petang - Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis

- Bacaan Doa

3.15 Petang - Ucapan YDP PIBG SK SERKAM

( En Othman B Salleh )

3.30 Petang - Ucapan Guru Besar selaku Penasihat PIBG

( Pn HJH Nora BT Ismail )

4.00 Petang - Ucapan Perasmian oleh Encik Yusof B Ahmad

( Pegawai Pelajaran Daerah Jasin (PPD Jasin )
- Persembahan Murid

- Jamuan Makan

4.30 Petang - Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2011/2012

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SESI 2011//2011
1.
Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36 Sesi 2010/2011.
2. Bangkitan-bangkitan daripada minit.3. Pembentangan Laporan Aktiviti PIBG Sesi 2010/2011.
4. Membentangkan dan Meluluskan Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2010.
5.Mambahaskan usul-asul jika ada.

6.
Ucapan Penangguhan. 12.00tgh
7. Jamuan dan
majlis bersurai


AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SESI 2011/2012

Penasihat

Pn Hjh Nora Bt Ismail

(Guru Besar)

Penolong Penasihat

Pn Hjh Kastama Bt Ali

(GPK Kurikulum)

Yang Di-Pertua

En Othman B Hj Salleh

Naib Yang Di Pertua

Tn Hj Mohamad B Hj Tain

Setiausaha

Pn Siti Hawa B Omar

Penolong Setiausaha

Pn Sanisah Bt Salleh

Bendahari

Pn Azlina Bt Sarpan

Ahli Jawatankuasa

En Mohamad B Kassim
En Rahman B Siran
Tn Hj Alias B Ab Latif
En Zakaria B Abu Bakar
En wan Azli B Wan Azmi
Pn Rosnah Bt Man
Pn Suzana Bt zainuddin
En Khirham B Abdullah
En Azman B Bahari
Pn Noelenda Bt Md Yasan
En Mohd Asri B Johar
En Lokman B Yusof
Tn Hj Abd Rahman B Mohamad
En Lokman B Yusof
Pn Masirah Bt Mat
Pn Rosnani Bt Tahir

Juruaudit

En Absul Samad B Mohd Said

En Kamaruddin B Kassim



Bookmark and Share

No comments:

Post a Comment

 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info