Friday, March 11, 2011

Adik Siti Nur Alia Bt Safri,Peserta Adik-adikku Musim Ke2

Alia safri adi2ku
Info Rancangan Program Adik-Adikku

Pada 21hb Mac 2011, final adik-adikku musim ke-2 akan di adakan di PICC, Dewan B,pada jam 9.00mlm.. Majlis ini akan di Rasmikan oleh Y.A.B Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi rancangan realiti ini, serta memberi sokongan kepada finalis yang akan berentap di pentas akhir.

Salah seorang peserta musim kedua ini ialah pelajar dari SK Serkam iaitu Adik Siti Nur Alia Bt Safri.Kelayakan beliau dinilai melalui bakat bercerita, berpidato, bernazam , mengaji dan sebagainya.Adik Alia yang kini belajar di tahun 6 amatlah berbakat dan bercita-cita untuk menjadi seorang saintis yang berjaya.

Pengumuman peserta akhir amatlah dinanti-nantikan oleh seluruh warga SK Serkam.Semoga kejayaan menjadi milik Adik Alia.Doa kami sentiasa mengiringi Adik Alia di samping membawa nama SK Serkam ke mercu kejayaan.i-allah....

Pada malam yang dinanti-nantikan itu, anda dijemput hadir bersama.Kemasukan adalah percuma.. Datanglah beramai-ramai untuk menyaksikan kehebatan para finalis perserta Rancangan Adik-Adikku Musim 2 kali ini. Secara keseluruhan, kesemua peserta menyakin para juri yang hadir bahawa mereka semua layak menjadi Pendai'e kecil.

Pada malam itu juga, para penonton juga akan disajikan dengan persembahan hebat daripada artis jemputan. Nak tahu siapakah artis jemputan pada malam itu nanti, sama-samalah kita datang membanjiri Dewan B, di PICC pada 21hhb Mac 2011 .


Bookmark and Share

No comments:

Post a Comment

 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info