Thursday, March 10, 2011

Johan Nilam peringkat Negeri Melaka Tahun 2010





Pada 7 Mac 2011, seramai 3 orang krew dari JAKIM dan RTM membuat penggambaran DIARI ALIA di Sekolah Kebangsaan Serkam sempena program Adik-adikku Musim Kedua. Pada hari yang sama Siti Nur Alia turut menerima hadiah sempena penganugerahan Tokoh Nilam Kategori Luar Bandar 2011 Peringkat Negeri Melaka. Pada majlis tersebut, Encik Shahiddin Md Shah dari Unit Perhubungan Jabatan Pelajaran Negeri Melaka turut hadir mewakili Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.

Penggambaran tersebut bagi mengisi slot DIARI PESERTA ADIK-ADIKKU Musim KEDUA. Penggambaran itu merakam aktiviti Siti NurAlia di sekolah selaku Ketua Pengawas dan atlit MSSM. Penggambaran tersebut turut merakamkan temuramah Puan Hjh Nora Ismail selaku Guru Besar dan Puan Norliza Hj Md Yamin selaku guru pembimbing. Puan Raha Rahayu selaku ibu kepada Siti Nur Alia mengucapkan terima kasih atas sokongan semua dan sama-sama kita doakan agar Siti Nur Alia Safri berjaya di peringkat akhir pada 21 Mac 2011 secara lansung di TV 1.

Bookmark and Share

No comments:

Post a Comment

 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info