Tuesday, December 1, 2009

PIAGAM PELANGGAN

Bahawasanya kami, warga Sekolah Kebangsaan Serkam berikrar akan sentiasa berusaha dan bersedia menyediakan perkhidmatan yang berkesan dan bermutu terhadap pelanggan kami.

Pihak kami akan berusaha menepati:

A. Pentadbiran

i. Memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada JPM, PPD, anak didik, ibu bapa dan agensi-agensi luar serta memberi layanan dengan mesra.
ii. Menerima teguran, aduan dan pandangan yang membina demi kepentingan pendidikan anak didik sekolah dalam suasana pemuafakatan.

B. Kurikulum

i. Melaksanakan asas penguasaan 3M yang kukuh kepada setiap anak didik.
ii. Berusaha meningkatkan pencapaian akademik dari aspek kualiti juga kuantiti dari semasa ke semasa.
iii. Menerapkan nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran bagi membentuk akhlak dan sahsiah yang mulia.
iv. Menyediakan prasarana bilik darjah yang lengkap agar proses P & P dapat dilaksanakan dengan menarik dan berkesan.

C. Hal Ehwal Murid

i. Melaksanakan pelbagai program terhadap kebajikan anak didik.
ii. Membentuk akhlak dan sahsiah ke arah peningkatan disiplin dan nilai-nilai pasif di kalangan anak didik.
iii. Menyediakan persekitaran yang kondusif serta suasana yang ceria dan harmoni di sekolah bagi mencapai matlamat “ ponteng sifar “.
iv. Menyedia dan memastikan suasana selamat di sekolah dengan peraturan-peraturan yang di tetapkan.

D. Ko-Kurikulum

i. Membentuk anak didik menjadi insan yang cergas dan murni dari segi emosi, fizikal dan mental melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum.
ii. Memupuk semangat kepimpinan di kalangan anak didik dengan menyertai pelbagai persatuan, badan beruniform, permainan dan sukan.
iii. Melahirkan insan yang bersikap positif dan bekerjasama bagi mencapai sesuatu kejayaaan.

Bookmark and Share

No comments:

Post a Comment

 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info