Tuesday, June 28, 2011

Majlis Persaraan Pn Hjh Kasta Bt Ali , GPK 1

Photobucket

Ada deraian airmata mengiringi saat Puan Kastama Bt Hj Ali meninggalkan perkarangan sekolah 27 Jun yang lalu. Selama 34 tahun berkhidmat sebagai guru yang sangat berdedikasi, selayaknya beliau dirai dengan penuh meriah pada hari terakhir beliau bergelar penjawat awam. Mengimbas kembali kemeriah dan gamatnya suasana SKS pada pagi itu seakan menyambut ketibaan YB di perkarangan sekolah. Begitulah tanda kami warga SKS menghargai dan menyanjungi beliau yang sentiasa tenang dan tersenyum orangnya. Tatkala kereta Toyota Vios Putih meluncur tiba di perkarangan pintu masuk sekolah, Puan Kastama yang berbaju biru keluar diiringi sumi tersayang Tn Hj Minhat dengan tersenyum simpul lalu disambut dengan penuh hormat. Beliau juga telah disambut oleh Tuan Guru Besar sendiri, Pn HJh Nora Bt Ismail, En Osman B Salleh (wakil dari PPD), Tn Hj Mohamad Tain B Mohamad, En Mohamad B Kasin (GPK HEM) dan En Rahman B Siran (GPK KOKU). Manakala semua guru menyambut gembira dengan memberi tepukan tanda penghargaan kehadiran beliau.

Terpancar riak terkejut dan terharu di wajah beliau.Saya terpandang ada mata yang bergenang di saat itu.Tentunya menahan rasa sebak di dada. Cahaya petikan kamera terlihat di sana sini. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang merakamkan saat berharga itu. Mungkin inilah yang dikatakan beliau disambut dan dilayan persis YB. Beliau diarak dan terus dibawa masuk ke dewan. Beliau diiring bak permaisuri disaat menikmati salawat ke atas Nabi Muhammad saw. Tahniah untuk Cikgu Norliza yang telah berjaya mengenengahkan bakat murid-murid ini. Tersusun sungguh sajak berselang selikan syair, dondang sayang dan persembahan koir yang sungguh menyentuh hati yang dipersembahkan dan sememangnya cukup mencuri perhatian semua. Selesai saat indah bersama flower girl yang diwakili oleh murid-murid prasekolah, Puan Hjh Kastama dijamu bersama tetamu yang terdiri dari GPK kawasan Merlimau.Acara terakhir, beliau diarak sepanjang Dataran untuk bersalam dengan semua warga SKS sebagai tanda berakhirnya dunia perguruan insan yang dirai.

Read more ...

Wednesday, June 15, 2011

Susu 1 Malaysia

Photobucket

Pada hari ini pengedaran susu 1 Malaysia kepada semua murid SK Serkam telah dijalankan seawal pagi jam 7.45 pagi. En Mohammad B kassim, GPK HEM bersama beberapa orang guru telah memberi taklimat ringkat kepada semua murid berkenaan program tersebut.menurit beliau, sekolah ini merupakan sekolah pertama di daerah Jasin yang menerima susu yang dihantar oleh wakil , En Safie b Ibrahim, Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan PPD Jasin bersama dengan Dutch Lady Industries Bhd pada 13 Jun 2011 yang lalu.Semoga dengan program ini akan dapat memberi impak kepada kesihatan murid-murid di daerah ini dan seterusnya meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. Program ini akan diteruskan kepada sekolah-sekolah di daerah Jasin.
Read more ...
 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info