Monday, January 17, 2011

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Dan Pengawas Pusat Sumber, 2011





Isnin,17 Januari 2011 Sekolah Kebangsaan Serkam telah mengadakan Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Dan Pengawas Pusat Sumber, 2011 .Majlis bertempat di tapak perhimpunan ini dirasmikan oleh wakil PPD Jasin iaitu En Zainuddin.

Majlis ini diadakan bagi mengiktiraf tugas Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber dalam menjalankan tugas bagi memastikan disiplin sekolah dalam keadaan terkawal.

Majlis bacaan ikrar pengawas ini telah diketuai oleh adik Siti Nur Alia Binti Safri selaku Ketua Pengawas Sekolah bagi Tahun 2011.Semoga dengan pengiktirafan ini,dapatlah pihak sekolah melatih murid dalam melaksanakan tugas dengan teratur dan berdisiplin serta melahirkan murid yang berwibawa diri dan berketrampilan.
Read more ...

Thursday, January 13, 2011

Wajah baru Sk Serkam 2011







Di antara wajah-wajah baru SK Serkam setelah naiknya bangunan blok C, maka cun la sk Serkam...fuh....!
Read more ...

Firsy day, 3rd January 2011



Hari pertama ke sekolah dalam keadaan serba baru di tahun baru 2011.Semoga melankahnya kaki ke kawasan sekolah yang dianggap serba baru, membawa 1001 harapan dalam mencapai kejayaan dalam semua bidang.Semoga berjaya anak-anakku...i-allah.
Read more ...

Taklimat Prasekolah dan Tahun 1,2011



Pendaftaran dan Taklimat Prsekolah dan tahun 1 telah dijalankan pada 30 Disember 2010 jam 8.00 pagi di Makmal Komputer SK Serkam.Kali ini ibu bapa telah didedahkan dengan KSSR.Apa itu KSSR?

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) telah melalui proses transformasi. Kurikulum yang telah diperkukuh dan ditambah baik ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mulai tahun 2011, KSSR akan dllaksanakan secara berperingkat bermula dengan Tahun 1.

Sehubungan itu, sekolah hendaklah menggunakan Dokumen Standard bagi setiap kurikulum di bawah KSSR yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jumlah masa yang diperuntukkan untuk pelaksanaan KSSR ialah 1380 minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit) sebagaimana ditetapkan dalam jadual di Lampiran 1. Pihak sekolah perlu menyediakan jadual waktu persekolahan sepertimana peruntukan masa yang ditetapkan.

Pihak sekolah perlu memilih untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.

Read more ...

Bacaan Yassin Akhir Tahun 2010

Majlis bacaan yassin akhir tahun bagi sesi 2010 diadakan di tapak perhimpunan baru, depan blok C ini disertai oleh semua warga sekolah.
Read more ...
 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info