Thursday, January 13, 2011

Taklimat Prasekolah dan Tahun 1,2011



Pendaftaran dan Taklimat Prsekolah dan tahun 1 telah dijalankan pada 30 Disember 2010 jam 8.00 pagi di Makmal Komputer SK Serkam.Kali ini ibu bapa telah didedahkan dengan KSSR.Apa itu KSSR?

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) telah melalui proses transformasi. Kurikulum yang telah diperkukuh dan ditambah baik ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mulai tahun 2011, KSSR akan dllaksanakan secara berperingkat bermula dengan Tahun 1.

Sehubungan itu, sekolah hendaklah menggunakan Dokumen Standard bagi setiap kurikulum di bawah KSSR yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jumlah masa yang diperuntukkan untuk pelaksanaan KSSR ialah 1380 minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit) sebagaimana ditetapkan dalam jadual di Lampiran 1. Pihak sekolah perlu menyediakan jadual waktu persekolahan sepertimana peruntukan masa yang ditetapkan.

Pihak sekolah perlu memilih untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.

Bookmark and Share

No comments:

Post a Comment

 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info