Thursday, December 31, 2009

Taklimat Tahun 1 dan Prasek, 2010



Ucapan alu-aluan dari Pn Hjh Nora Bt Ismail dalam Majlis Taklimat Murid Tahun 1 Dan Prasekolah Bagi tahun 2010 yang telah diadakan pada Khamis, 31 Disember 2010.MAjlis ini bermula jam 8.00 pagi bertempat di Makmal SK Serkam.



Dalam Taklimat Prasekolah yang telah disampaikan oleh Pn Zainora Bt Basari, Ibu bapa telah didedahkan dengan serba sedikit tentang Pendidikan Pasekolah yang menjadi asas untuk melahirkan murid yang mempunyai keyakinan diri, bercita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu mengubah diri. Semua asas yang dibina dalam diri murid akan menyumbang kepada kemajuan keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

VISI
Pendidikan Asas ke arah pembentukan generasi yang bertaraf dunia.

MISI

Menjana ke arah peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran fizikal dan keceriaan prasekolah serta menyuburkan dan memperkembangkan potensi dan sahsiah murid ke arah insan yang cemerlang, berilmu, berdaya saing dan berbudi bahasa, luhur serta berdisiplin tinggi.

MATLAMAT
Menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan seperti menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan kanak-kanak ke sekolah rendah.

OBJEKTIF
i) Kanak-kanak dapat membentuk sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.

ii) Kanak-kanak dapat menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi.

iii) Kanak-kanak menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.

iv) Memupuk nilai-nilai Islam dan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

v) Memperkembangkan kemahiran kognitif, berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah pada kanak-kanak.

vi) Memupuk kematangan emosi dan kemahiran sosial.

vii) Melatih kanak-kanak dalam kecergasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan kanak-kanak dan keselamatan yang baik.

viii) Memupuk kanak-kanak mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.



Seterusnya, ibubapa diberi Taklimat Murid Tahun 1 ,iaitu Program Transisi yang dikendalikan oleh Pn Rozita Bt Abd Samad.

PROGRAM TRANSISI
• Program Transisi dan Guru Penyayang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan di dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal di tadika ke pendidikan formal di Tahun Satu sekolah rendah

TUJUAN
• Murid- murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawan baru dalam masa singkat

• Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun 1

• Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah

TEMA

“MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA”



Akhir sekali, ibubapa diberi penerangan tentang Program j-QAF oleh Ustazah Farha Bt Ali HAssan.

PROGRAM j-QAF
• Program j-QAF adalah hasil idea YAB Perdana Menteri Malaysia yang berhasrat melahirkan murid di sekolah rendah yang khatam al-Quran. Beliau menyarankan bahasa arab diwajibkan, jawi diperkukuhkan dan asas-asas fardu ain dihayati bermula dari sekolah rendah.

• Program ini juga merupakan usaha untuk memperkasakan pelaksanaan Pendidikan Islam di sekolah rendah

• j-QAF ialah singkatan daripada jawi, al-Quran, Arab dan Fardhu Ain.

• j-QAF di SK Serkam sudah masuk tahun ke 5.

MATLAMAT

• Melahirkan murid-murid di sekolah rendah yang mahir membaca al-Quran dan khatam al-Quran apabila tamat sekolah rendah
• Memulihkan murid-murid yang lemah dalam jawi dan memperkukuhkan yang sudah kukuh
• Murid-murid sekolah rendah menguasai kemahiran asas Bahasa arab.
• Melahirkan murid Islam yang menghayati Fardhu Ain

Bookmark and Share

No comments:

Post a Comment

 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info