Tuesday, October 26, 2010

Program Adik-Adikku Musim kedua



Rancangan Realiti TV Adik-Adikku merupakan sebuah rancangan realiti TV terbaru berkonsepkan hiburan dan pendidikan ini mengetengahkan bakat seramai 20 penda'ie kecil yang menunjukkan persembahan melalui pidato yang disusuli dengan tarannum, nasyid, bacaan surah dan sebagainya. Penda'ie kecil ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan daripada Murabbi yang terdiri daripada tokoh-tokoh agama yang terkenal di Malaysia iaitu Dr Redhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zawawi Yusof, Ustaz Zamri Zainoldin dan Ustazah Asni Abu Mansor.

Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran (MEP) JAKIM dengan kerjasama RTM telah menerbitkan satu rancangan realiti TV kanak-kanak Adik-Adikku. Ia merupakan rancangan realiti tv kanak – kanak dalam skop agama yang setanding dengan rancangan realiti sedia ada. Ia bertujuan membantu melahirkan karisma kepimpinan dan kebolehan kanak – kanak menjadi pemimpin masa hadapan. Beberapa sesi ujibakat telah diadakan di seluruh Malaysia bagi mencari 20 peserta yang berbakat dan antara kriteria yang dicari adalah bijak berpidato, bertarannum dan mengaji. Peserta-peserta dikumpulkan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) selama 3 minggu dan wajib mengikuti pembelajaran dalam kelas serta aktiviti riadah seperti memanah dan berkuda sehingga mereka mampu lahir sebagai pemimpin kecil. Peserta-peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan yang dipimpin oleh murabbi masing-masing, terdiri daripada Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah, Ustaz Zamri Zainuldin, Ustaz Zawawi Yusof, dan Ustazah Asni Mansor. Selain daripada itu, peserta-peserta juga dibawa melawat sambil belajar ke beberapa tempat seperti Masjid Putra, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Muzium Kesenian Islam, Planetarium Negara, Aquaria KLCC, Memorial Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Memorial Tun Abdul Razak, Petrosains KLCC dan Denai Alam. Pertandingan ini diadakan secara berperingkat iaitu pusingan pertama, suku akhir, separuh akhir pertama, separuh akhir kedua serta pertandingan akhir dan persembahan mereka dinilai oleh juri-juri profesional. Peserta yang memberikan persembahan kurang memuaskan akan dilepaskan daripada menyertai pertandingan berikutnya.

Rancangan sebanyak 25 episod ini akan bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat selama 30 minit pada jam 6.30 petang di TV1 manakala siaran ulangannya pada jam 9.30 pagi hari berikutnya.

Tahniah Alia...

Read more ...

Friday, October 22, 2010

Penganugerahan Alumni Sahabat PPDa Petronas Pkt Kebangsaan




Tahniah kepada Adik Siti Nur Alia Bt Safri kerana telah menerima Anugerah Alumni Sahabat PPDa Petronas Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 18 - 20 Oktober 2010 di Tiara Beach Resort.

Read more ...

Monday, October 18, 2010

Majlis Penyerahan Wang Zakat Kepada Pelajar Miskin








Majlis Penyerahan Wang Zakat Kepada Pelajar Miskin ini telah diadakan pada 13 Oktober 2010 yang lalu bertempat di makmal komputer SK Serkam.Wang ini disumbangkan oleh Bank Rakyat kepada 25 orang murid.
Read more ...

Friday, October 8, 2010

Perkhemahan Unit Beruniform 2010


Sedang meneima taklimat dari urusetia Pusat KO Lanchang.


Mendirikan khemah


Aktiviti fliying fox


Taklimat Climbing


Read more ...

Aktiviti selepas UPSR


Kraftangan daripada sepit kayu

Read more ...

Jadual UPSR 2010

Read more ...

Bacaan Yasin dan Solat Hajat UPSR


Pada 15 September 2010, SK Serkam telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat sebagai usaha bagi membantu calon-calon UPSR tahun ini. Majlis ini diadakan bermula jam 7.00 hingga 10.00 malam di dewan sekolah. Jemputan terdiri daripada guru-guru , PIBG dan ibu bapa kepada calon yang menduduki UPSR.Lebih kurang 150 orang yang hadir bagi bersama -sama mendoakan kejayaan anak didik SK Serkam.Kali ini, majlis ini diketuai oleh Imam ......................... . " Kejayaan anda kebanggaan kami'.
Read more ...

Wednesday, August 18, 2010

Tema-tema Kemerdekaan


Tak lama lagi kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan kali yang ke 53.Oleh itu apa kata kita mengimbas semula tema-tema hari kemerdekaan pada tahun-tahun lepas.Sebenarnya hari kemerdekaan hanya mempunyai tema bermula daripada tahun 1970.Setiap tahun tema ini diubah mengikut situasi semasa kecuali tahun 1988-1989 dan tahun 2000-2006.

1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000-
2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Read more ...

Nazir datang...!






Kami warga SK Serkam mengucapkan selamat datang kepada En Yazid B Jeli, Jemaah Nazir sekolah yang hadir dan berkampung di sekolah kami bermula pada 12 hingga 13 Ogos 2010.Diharap agar cikgu-cikgu PJK bersedia.....

Hendaknya suasana dan iklim sekolah kami ini boleh memberikan kesegaran dan ketenangan kepada tuan semua.

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum..
Syukran.

Read more ...

Perasmian Program IRK (Ihya Ramadhan 1431 H)






Perasmian Program IRK (Ihya Ramadhan 1431 H) tealah diadakan pada 16 Ogos 2010 bertempat si Tapak Perhimpunan sekolah.Program ini dirasmikan oleh Puan Hjh Nora Bt Ismail, Guru Besar SK Serkam.
Read more ...

Program Tazkirah dan Tadarus Al-Quran

Program Tazkirah dan Tadarus Al-Quran diadakan Sempena Bulan Ramadhan 1431 H.Program ini dijalankan setiap hari bermula jam 10.45 hingga 11.15 pagi iaitu selama 1/2 jam.Bertempat di kelas masing-masing, murid dibimbing dan disajikan dengan perkara-perkara yang berpandukan Agama Islam melalui Tazkirah dan disusuli dengan Tadarus Al-Quran yang dibaca secara bergilir-gilir.Program Anjuran Panitia Agama Islam ini dikendalikan dengan kerjasama semua guru.

Read more ...

Sunday, August 15, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak


PERKATAAN Indah Adalah AllAH
LAGU Merdu Adalah AzaN
MEDIA Terbaik Adalah AL-QUR’AN
SENAM sehat Adalah SHOLAT
DIET Sempurna Adalah PUASA
KEBERSIHAN Menyegarkan Adalah WUDUK
PERJALANAN Indah Adalah HAJI
KHAYALAN yang Baik Adalah Ingat Akan Dosa dan TAUBAT
SELAMAT MENYAMBUT BULAN SUCI RHAMADHAN

" Puasa mengambil jarak dengan dunia

agar manusia tidak jadi budaknya
karena dunia adalah permainan
bermegah-megah dengan bangunan
berbangga-bangga dengan kekayaan
semua itu dapat melalaikan.
Padahal manusia hanyalah pengembara
saat mati hartanya tak akan dibawa
hanya amal-saleh yang ikut serta
Yang ada disisi manusia akan sirna
Yang ada di sisi Allah abadi selamanya."
Read more ...

Monday, August 9, 2010

Serkam Buka Tirai Sambutan Bulan Kemerdeka 2010


SK SERKAM, 7 Ogos-- Bagi seorang kami warga pendidik, Jalur Gemilang amat bermakna dalam hidup kerana zaman penjajah negara yang mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 banyak membuka minda kami tentang perlunya bersatu padu demi mencapai kemerdekaan.

"Kami tidak mahu bendera itu bertukar lagi. Biarlah Jalur Gemilang berkibar di mana-mana. Jalur Gemilang tidak akan membawa makna jika negara ini kembali dijajah," itulah pendapat kami.

"Mengapa harus malu untuk kibar bendera kebangsaan. Kita negara yang merdeka. Kerana merdeka, kita dapat kehidupan yang lebih baik," tambah sebilangan guru lama merujuk kepada kempen kibar Jalur Gemilang bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010.

Tanggal 1 Ogos, kibaran Jalur Gemilang akan mewarnai bumi Serkam dalam pelbagai cara bagi menunjukkan bangganya kami kepada tanah air kami.

RAKYAT TIDAK SABAR MENUNJUKKAN PATRIOTIOSME

Selain itu, penduduk tempatan juga menghargai kemerdekaan dan sudahpun mula memasang Jalur Gemilang di kediaman masing-masing.

Kami yakin sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-53 akan memantapkan lagi ikatan silatulrahim dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.



Read more ...

Teknik Menjawab Soalan Sains Dan MAtematik


Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains Dan MAtematik SK Serkam telah diadakan pada Sabtu, 31 Julai 2010 bertempat di Makmal komputer.Bengkel ini bermula seawal jam 8.00 pagi bagi matapelajaran Sains dan disusuli dengan Matapelajaran Matematik tepat jam 10.35 pagi.Bengkel ini dikendalikan oleh guru-guru Tahun 6 sebagai persediian akhie menjelang UPSR 2010.
Read more ...

Dari Meja Admin


Kepada semua... Sila email gambar-gambar program dan berita ke skserkampantai@gmail.com untuk diupdate di blog ini. Terima kasih.


Read more ...
 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info