Friday, February 25, 2011

Johan Bola Sepak Peringkat Kawasan, 2011


Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak SK Serkam bawah 12 tahun kerana telah menjadi johan di Peringkat Kawasan Merlimau yang lalu.Pertandingan ini diadakan di SK Pulai di bawah bimbingan Ustz Mohd Abd Latif , En Wan Azli dan En Daud.Semoga kejayaan akan terus berkakalan pada masa-masa akan datang.
Read more ...

Monday, February 14, 2011

Wi-fi Zone Sk Serkam


Alhamdullillah, perancangan pertama ICT 2011 telah dapat disempurnakan iaitu Projek pemasangan Wi-Fi dalam kawasan sekolah.Kerja-kerja pemasangan telah dibuat oleh orang perseorangan pada 13 Febuari yang lalu.Selain itu, talian internet juga ditarik terus ke Pusat Sumber di tingkat 4 abangunan baru sekolah.Kini,Wi-Fi Zone Sk Serkam sudah mula beroperasi pada 15 Febuari 2011 ini.Harapan semoga dengan adanya kemudahan ini,guru-guru dapat menggunakannya bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT.
Read more ...

Pemantauan Berkelompok JPN, PPD Jasin dan BTPN






Pada 9 Febuari 2011, seramai 16 orang pegawai dari JPN Melaka, PPD Jasin dan BTPN Melaka dari Sektor Akademik telah berkampung di SK Serkam bermula seawal jam 7.30 pagi hingga 2.00 petang.Antara perkara-perkara yang dipantau ialah :

1. Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas khususnya KSSR dan tahun 6.
2. Qnett UPSR / analisa / program kecemerlangan / program selepas UPSR / PAFA PEKA /
PLBS SBOA, dll
3. Fail Panitia
4. Fail Program KPM (KSSR / Linus / J-Qaf / Segak dll)
5. Pelan Strategik Kurikulum dll
6. Prasekolah
7. ICT
8. Buku tulis murid
9. PCG

Terima kasih atas kunjungan tuan/puan. segala yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari kami.
Read more ...

Friday, February 11, 2011

Program Motivasi Ibubapa Tahun 6,2011








Program Motivasi Ibubapa Tahun 6 telah diadakan pada hari Sabtu, 29 Januari 2011 yang lalu.Perjumpaan bertempat di Dewan SK Serkam ini bermula tepat jam 8.30 pagi.Program ini bertujuan untuk menambah bilangan murid mendapat straigh A UPSR 2011 di samping dapat meningkatkan kualitii dan kuantiti dalam matapelajaran UPSR.Selain itu, pihak sekolah dapat menyalurkan maklumat terkini berkaitang dengan pengajaran dan pembelajaran murid-murid.Penetapan sasaran dan unjuran bagi Tahun 2011 juga ditaklimatkan oleh Guru Besar sekolah kepada semua ibubapa yang hadir.

Acara kemuncak pada hari itu ialah Ceramah oleh En Mohamad Isa B Jolan, ketua Sektor Psikologi Dan Kaunseling JPn Melaka.
Read more ...

Monday, January 17, 2011

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Dan Pengawas Pusat Sumber, 2011





Isnin,17 Januari 2011 Sekolah Kebangsaan Serkam telah mengadakan Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Dan Pengawas Pusat Sumber, 2011 .Majlis bertempat di tapak perhimpunan ini dirasmikan oleh wakil PPD Jasin iaitu En Zainuddin.

Majlis ini diadakan bagi mengiktiraf tugas Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber dalam menjalankan tugas bagi memastikan disiplin sekolah dalam keadaan terkawal.

Majlis bacaan ikrar pengawas ini telah diketuai oleh adik Siti Nur Alia Binti Safri selaku Ketua Pengawas Sekolah bagi Tahun 2011.Semoga dengan pengiktirafan ini,dapatlah pihak sekolah melatih murid dalam melaksanakan tugas dengan teratur dan berdisiplin serta melahirkan murid yang berwibawa diri dan berketrampilan.
Read more ...

Thursday, January 13, 2011

Wajah baru Sk Serkam 2011







Di antara wajah-wajah baru SK Serkam setelah naiknya bangunan blok C, maka cun la sk Serkam...fuh....!
Read more ...

Firsy day, 3rd January 2011



Hari pertama ke sekolah dalam keadaan serba baru di tahun baru 2011.Semoga melankahnya kaki ke kawasan sekolah yang dianggap serba baru, membawa 1001 harapan dalam mencapai kejayaan dalam semua bidang.Semoga berjaya anak-anakku...i-allah.
Read more ...

Taklimat Prasekolah dan Tahun 1,2011



Pendaftaran dan Taklimat Prsekolah dan tahun 1 telah dijalankan pada 30 Disember 2010 jam 8.00 pagi di Makmal Komputer SK Serkam.Kali ini ibu bapa telah didedahkan dengan KSSR.Apa itu KSSR?

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) telah melalui proses transformasi. Kurikulum yang telah diperkukuh dan ditambah baik ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Mulai tahun 2011, KSSR akan dllaksanakan secara berperingkat bermula dengan Tahun 1.

Sehubungan itu, sekolah hendaklah menggunakan Dokumen Standard bagi setiap kurikulum di bawah KSSR yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jumlah masa yang diperuntukkan untuk pelaksanaan KSSR ialah 1380 minit seminggu (satu waktu pengajaran dan pembelajaran ialah 30 minit) sebagaimana ditetapkan dalam jadual di Lampiran 1. Pihak sekolah perlu menyediakan jadual waktu persekolahan sepertimana peruntukan masa yang ditetapkan.

Pihak sekolah perlu memilih untuk melaksanakan sekurang-kurangnya satu bahasa dalam Modul Elektif mengikut kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaan daripada murid serta prasarana sekolah.

Read more ...

Bacaan Yassin Akhir Tahun 2010

Majlis bacaan yassin akhir tahun bagi sesi 2010 diadakan di tapak perhimpunan baru, depan blok C ini disertai oleh semua warga sekolah.
Read more ...

Sunday, November 21, 2010

Annual Dinner






Read more ...

Friday, November 19, 2010

Jamuan Perpisahan Murid Tahun 6









Majlis Jamuan Perpisahan bagi murid Tahun 6 telah dijalankan pada 3 Nov 2010 yang lalu di Dewan SK Serkam.emmm... meriah jugak la majlis nie.Semua guru dijemput hadir bagi memeriahkan majlis nie.Menu utama ialah nasi tomato.Ada sate, ais krim, cendol , kek , dan berjenis-kuih muih yang dihidangkan.memamg kenyang la cikgu-cikgu makan hari tu.
Tapi yang paling utama, majlis ini diadakan khas untuk semua guru dengan ucapan"Terima Kasih Cikgu..." yang diketuai oleh adik Amirul Hassan B Abu Bakar, Ketua murid sessi 2010.Cikgu-cikgu pun turut rasa terharu...maklum la 6 tahun bersama.Banyak kenangan bersama mereka.Apa yang cikgu boleh katakan ialah...Semoga anda sabar dan tabah menghadapai dunia yang lebih mencabar.Ingat Allah pasti temui jalan yang lurus.Ingat anakanda...banyak dugaan yang bakal kamu tempuhi....laluinya denga tabah.i-allah berjaya...
Read more ...

Hari Anugerah Cemerlang 2010






Read more ...
 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info