Tuesday, June 28, 2011

Majlis Persaraan Pn Hjh Kasta Bt Ali , GPK 1

Photobucket

Ada deraian airmata mengiringi saat Puan Kastama Bt Hj Ali meninggalkan perkarangan sekolah 27 Jun yang lalu. Selama 34 tahun berkhidmat sebagai guru yang sangat berdedikasi, selayaknya beliau dirai dengan penuh meriah pada hari terakhir beliau bergelar penjawat awam. Mengimbas kembali kemeriah dan gamatnya suasana SKS pada pagi itu seakan menyambut ketibaan YB di perkarangan sekolah. Begitulah tanda kami warga SKS menghargai dan menyanjungi beliau yang sentiasa tenang dan tersenyum orangnya. Tatkala kereta Toyota Vios Putih meluncur tiba di perkarangan pintu masuk sekolah, Puan Kastama yang berbaju biru keluar diiringi sumi tersayang Tn Hj Minhat dengan tersenyum simpul lalu disambut dengan penuh hormat. Beliau juga telah disambut oleh Tuan Guru Besar sendiri, Pn HJh Nora Bt Ismail, En Osman B Salleh (wakil dari PPD), Tn Hj Mohamad Tain B Mohamad, En Mohamad B Kasin (GPK HEM) dan En Rahman B Siran (GPK KOKU). Manakala semua guru menyambut gembira dengan memberi tepukan tanda penghargaan kehadiran beliau.

Terpancar riak terkejut dan terharu di wajah beliau.Saya terpandang ada mata yang bergenang di saat itu.Tentunya menahan rasa sebak di dada. Cahaya petikan kamera terlihat di sana sini. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang merakamkan saat berharga itu. Mungkin inilah yang dikatakan beliau disambut dan dilayan persis YB. Beliau diarak dan terus dibawa masuk ke dewan. Beliau diiring bak permaisuri disaat menikmati salawat ke atas Nabi Muhammad saw. Tahniah untuk Cikgu Norliza yang telah berjaya mengenengahkan bakat murid-murid ini. Tersusun sungguh sajak berselang selikan syair, dondang sayang dan persembahan koir yang sungguh menyentuh hati yang dipersembahkan dan sememangnya cukup mencuri perhatian semua. Selesai saat indah bersama flower girl yang diwakili oleh murid-murid prasekolah, Puan Hjh Kastama dijamu bersama tetamu yang terdiri dari GPK kawasan Merlimau.Acara terakhir, beliau diarak sepanjang Dataran untuk bersalam dengan semua warga SKS sebagai tanda berakhirnya dunia perguruan insan yang dirai.

Read more ...

Wednesday, June 15, 2011

Susu 1 Malaysia

Photobucket

Pada hari ini pengedaran susu 1 Malaysia kepada semua murid SK Serkam telah dijalankan seawal pagi jam 7.45 pagi. En Mohammad B kassim, GPK HEM bersama beberapa orang guru telah memberi taklimat ringkat kepada semua murid berkenaan program tersebut.menurit beliau, sekolah ini merupakan sekolah pertama di daerah Jasin yang menerima susu yang dihantar oleh wakil , En Safie b Ibrahim, Ketua Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan PPD Jasin bersama dengan Dutch Lady Industries Bhd pada 13 Jun 2011 yang lalu.Semoga dengan program ini akan dapat memberi impak kepada kesihatan murid-murid di daerah ini dan seterusnya meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. Program ini akan diteruskan kepada sekolah-sekolah di daerah Jasin.
Read more ...

Sunday, May 29, 2011

Sambutan Hari Guru, 2011

Photobucket
Read more ...

Khidmat Bantu PSS, 2011

Photobucket
Read more ...

Teknik Menjawab Soalan Sains, 2011

Photobucket
Read more ...

Wednesday, April 13, 2011

Naib Johan PErtandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Kawasan Merlimau 2011


Tahniah kepada adik Suffian B Khirham dari tahun 4 Amanah
kerana telah berjaya menjadi
Johan Pertandingan Sajak
yang telah diadakan di SK Datuk Hj Baginda
pada 4 April 2011 yang lalu.
Semoga adik terus menempah kejayaan di peringkat Negeri Melaka kelak.
Read more ...

Kejohanan MSS Balapan dan PAdang Kawasan Merlimau 2011


Tahniah kepada Adik Ana Arinah Bt RAdhuan dan Adik Umi Atiqa Bt Malik
dari Tahun 6 Amanah
kerana masing-masing mendapat tempat ke-3
dalam acara lontar peluru dan Lompat Jauh Perempuan bawah 12 tahun
Kejohanan Balapan dan PAdang ke-37
Majlis Sukan Sekolah-sekolah Rendah Kawasan Merlimau 2011
bertempat di Stadium Institut Perguruan Perempuan Melayu, Durian Daun Melaka
pada 29-31 MAc 2011 yang lalu.Tahniah sekali lagi diucapkan.

Read more ...

Pertandingan Story Telling Level 2, 2011


Tahniah kepada Adik Kharina Bt Mohd Zaki dari Tahun 5 Amanah
kerana mendapat tempat ke-5
dalam Pertandingan Story Telling Level 2,
Sekolah Rendah Kawasan Merlimau 2011
bertempat di SJKC Chung Hwa, Sungai Rambai Melaka
anjuran Unit Kokurikulum PPD Jasin.

Read more ...

Johan Pertandingan Sajak Kawasan Merlimau 2011


Tahniah kepada adik Suffian B Khirham dari tahun 4 Amanah
kerana telah berjaya menjadi
Johan Pertandingan Sajak
yang telah diadakan di SK Datuk Hj Baginda
pada 4 April 2011 yang lalu.
Semoga adik terus menempah kejayaan di peringkat Negeri Melaka kelak.







Read more ...

Wednesday, April 6, 2011

Kejohanan Bola Baling MSS Melaka Kawasan Merlimau 2011

Handball2011


Pada hari Isnin , 4 April 2011, Kejohanan Bola Baling MSS Melaka Kawasan Merlimau bagi sekolah-sekolah rendah telah diadakan di padang SK Serkam Darat.SK Serkam telah menjadi penganjur bagi kejohanan pada tahun ini.ebanyak 11 buah pasukan dari kawasan Merlimau telah mengambil bahagian.Keputusan rasmi , Johan pasukan L12 disandang oleh SK Sempang, ke-2, SK Batu Gajah dan ke-3, SK Pulai.Bagi kategori P12, johan disandang oleh SK Merlimau 2, ke-2 sk SG Rambai dan ke-3 SK Bukit Tembakau.Perasmian penutup Kejohanan ini telah disempurnakan oleh En Mohamad B Kasim, GPK HEM SK Serkam .Tahniah diucapkan.
Read more ...

Perarakan Maulidur Rasul DUN Serkam 2011

maulidur rasul dun serkam 2011
Pada 2 April 2011 yang lalu, Sk Serkam telah menyertai Perarakan Maulidur Rasul DUN Serkam 2011.Kali ini sekolah telah menghantar peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 4 dan 5.Tema 1 Malaysia 1 ummah memberi semangat kepada pelajar untuk berarak bermula dari Masjid Sempang hingga ke Masjid Serkam.


Berikut merupakan catatan yang menguatkan lagi cerita-cerita mereka yang melihat sambutan Maulidurrasul (s.a.w). Catatan ini bersumber daripada 3 ahli sejarah abad ke -10 hijrah yang dianggap mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tiada tandingannya pada zaman
tersebut, Ibnu Huhayra didalam kitabnya al-Jami' al-Latif fi Fasl Makkah wa ahliha (ms.326), al - Hafiz Ibnu Hajar al-Haytami didalam kitabnya al-Mawlid ash-Sharif al-Mu'azzam dan al-Nahrawali didalam kitabnya al-I'lam bi-a'lam Bayt Allah al-Haram (ms.205).

Pada 12hb Rabi'al al-Awwal setiap tahun selepas solat Maghrib keempat-empat (wakil keempat-empat mazhab) Qadi kota Makkah dan sekumpulan besar orang yang terdiri daripada para fuqaha' (ulama) dan fudala' (mereka yang utama) kota Makkah, Sheikh-sheikh, pemimpin-pemimpin zawiyah dan murid-murid
mereka , para ru'asa' (hakim-hakim) dan para muta'ammamin (ulama) meninggalkan masjid dan pergi secara beramai-ramai untuk menziarahi tempat kelahiran Nabi sambil berdzikir dan membaca tahlil (LA ILAHA ILLALLAH). Rumah-rumah terletak sepanjang jalan tersebut diterangi dengan lampu-lampu dan lilin-lilin besar dan ramai daripada penghuni-penghuni rumah-rumah tersebut memenuhi jalan tersebut. Mereka semua memakai pakaian baru dan membawa anak-anak mereka bersama-sama. Setibanya ditempat kelahiran Nabi (s.a.w) doa khas pun dibacakan dan karamah-karamah yang berlaku semasa kelahiran Nabi (s.a.w) pun dibacakan.

Seterusnya doa untuk Sultan, Amir Makkah dibacakan dan Qadi yang bermazhab Shafi'i dibacakan dan kesemua mereka berdoa dengan penuh merendah diri. Sebelum solat al-'Isha, rombongan tadi pun kembali ke Masjidil Haram yang dipenuhi oleh manusia dan mereka mengambil tempat dan membentu saf dikawasan Maqam Ibrahim. Di Masjidil Haram, seorang penyeru akan bertahmid (AL HAMDULILLAH) dan bertahlil dan sekali lagi berdoa untuk Sultan, Amir dan Qadi yang bermazhab Shafi'i. Seterusnya, azan untuk solat 'Isha dilaungkan. Selepas solat al-'Isha, mereka pun bersurai. Peristiwa yang serupa ini juga dirakamkan oleh al-Diyarbakri (meninggal 960) didalam kitabnya Ta'rikh al-Khamis.

Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) di Negara-negara Islam Pada Zaman Sekarang

Pada zaman sekarang, kebanyakan orang-orang Islam dinegara-negara Islam meraikan Maulidurrasul (s.a.w). Antara negara-negara tersebut termasuklah: Mesir, Syria, Lebanon, Jordan, Palestine, Iraq, Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi (tidak secara rasmi - penduduk menyambutnya sendiri dirumah-rumah mereka), Sudan, Yemen, Libya, Tunisia, Algeria, Maghribi, Mauritania, Djibouti, Somalia, Turkey, Pakistan, India, Sri Lanka, Iran, Afghanistan, Azerbaidjan, Uzbekistan, Turkestan, Bosnia, Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan kebanyakan negara Islam yang lain. Dikebanyakan negara Arab Maulidurrasul (s.a.w) merupakan hari cuti umum. Kesemua negara-negara ini Wahai Ummah, meraikan hari tersebut. Namun begitu kenapa masih lagi ada segelintir dari kalangan kita yang mengatakan ianya haram? Siapakah mereka ini untuk dibandingkan dengan para huffaz (ahli hadith) dan ' Ulama Ummah seperti Abu Shama, 'Asqalani, Suyuti, Sakhawi, Haytami, Shawkani dan al-Qari yang mana mereka semua mengatakan bahawa sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan suatu perbuatan yang terpuji? Mengapakah mereka yang menggelarkan diri mereka Salafi ini mengharamkan sesuatu perkara yang mana Ibnu Taimiyyah (antara ulama yang begitu tegas) sendiri, membenarkannya? Ibnu al-Jawzi dan Ibnu Kathir pula menggalakkannya dan masing-masing-masing mereka menulis kitab Maulid yang mengandungi syair dan rangkap-rangkap daripada Sira

Pendapat Ibnu Taimiyyah Mengenai Majlis Dzikir [Ibnu Taimiyyah's Opinion on the Meetings of Dhikr]

Berikut merupakan pendapat Ibnu Taimiyyah mengenai majlis zikir. Ianya boleh didapati didalam kitab Majmu 'at fatawa Ibnu Taimiyyah edisi King Khalid ibn 'Abd al-Aziz. Ibnu Taimiyyah telah ditanya mengenai pendapat beliau mengenai perbuatan berkumpul beramai-ramai berzikir, membaca al-Quran berdoa sambil menanggalkan serban dan menangis sedangkan niat mereka bukanlah kerana riak ataupun menunjuk-nunjuk tetapi hanyalah kerana hendak mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Adakah perbuatan-perbuatan ini boleh diterima? Beliau menjawab,"Segala puji hanya bagi Allah, perbuatan-perbuatan itu semuanya adalah baik dan merupakan suruhan didalam syariah (mustahabb) untuk berkumpul dan membaca al-Quran dan berzikir serta berdoa."


Ibnu Kathir Memuji-muji Malam Maulidurrasul (s.a.w)

Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani telah menulis didalam kitabnya, 'Al-Durar al-Kamina fi 'ayn al-Mi'at al-thamina' bahawa Ibnu Kathir, seorang Muhaddith dan merupakan pengikut Ibnu Taimiyyah, telah menulis sebuah kitab yang bertajuk Maulid Rasul Allah di penghjung hidupnya dan kitab ini telah tersebar dengan meluas dan keserata tempat. Didalam kitab ini. (disunting dan diterbitkan pada tahun 1961) Ibnu Kathir membenarkan dan menggalakkan sambutan Maulid dan didalam ms 19 beliau telah menulis," Malam kelahiran Nabi (s.a.w) merupakan malam yang mulia, utama, dan malam yang diberkahi dan malam yang suci, malam yang menggembirakan bagi kaum Mukmin , malam yang bercahaya-cahaya, terang benderang dan bersinar-sinar dan malam yang tidak ternilai."



Fatwa 'Asqalani dan Suyuti Mengenai Sambutan Maulidurrasul ['Asqalani and Suyuti's Fatwas on the Permissibility of Maulid]

Jalaludin al-Suyuti telah menulis didalam kitab beliau, "Hawi li al-Fatawa", Sheikhul Islam dan Imam Hadith pada zamannya, Ahmad ibn Hajar ('Asqalani) telah ditanya mengenai perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w) dan beliau telah memberi jawapan secara bertulis:

Adapun perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w.) merupakan bida'ah yang tidak pernah diriwayatkan oleh para Salafussoleh pada 300 tahun pertama selepas hijrah. Walaubagaimanapun, ianya penuh dengan kebaikan dan perkara-perkara yang terpuji dan kadangkala ianya dicacatkan oleh perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya. Jika sambutan Maulidurrasul itu terpelihara dari perkara-perkara yang melanggar syariah maka ianya tergolong didalam perbuatan bida'ah hasanah tetapi jika sambutan tersebut terselit perkara-perkara yang melanggar syariah maka ianya tidak tergolong didalam bida'ah hasanah.

Untuk menjadi dalil bagi sambutan Maulidurrasul (s.a.w), hadis dibawah ini boleh digunakan, ianya merupakan hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim . Semasa Nabi berada di Madinah, beliau mendapati bahawa kaum Yahudi berpuasa pada hari kesepuluh Muharranm ('Asyura) dan baginda (s.a.w) bertanya akan perbuatan mereka, kata mereka, mereka berpuasa kerana pada hari tersebut, Nabi Musa telah diselamatkan dan Firaun telah ditenggelamkan. Kami berpuasa untuk menyatakan kesyukuran kami. Perkara ini menjadi dalil bagi kita untuk menyatakan kesukuran kita kerana Dia telah merahmati hari tersebut dan menjauhkan bala, seseorang sepatutnya bersyukur akan datangnya hari tersebut pada setiap tahun, bersyur melalui berbagai jenis 'ibadah seperti solat, memberi sedekah, membaca Quran.

Oleh itu, Rahmat apakah yang lebih besar selain daripada kelahiran Nabi dan Rasul yang menjadi Rahmat pada hari ini. Sudah pasti hari kelahiran Rasul Junjungan Mulia S.A.W disambut dan dibesarkan apabila tiba hari tersebut. Jika kita mengambil dalil-dalil seperti yang telah dijelaskan di atas mahupun post-post yang sebelumnya. Malahan ada juga dikalangan yang menyambut kelahiran Baginda S.A.W tanpa mengira batas waktu tanpa mengira mana-mana bulan malah jika ingin menyambutnya sepanjang tahun adalah tidak dilarang. Tiada apa yang salah mengenai menyambut dan mensyukuri nikmat kelahiran Rasul Junjungan Mulia, Nabi Muhammad S.A.W.







Read more ...

Sunday, March 27, 2011

Bengkel Movie Maker 2011

Photobucket

Kertas Kerja

Bengkel Movie Maker Peringkat Sekolah, 2011

1.0 PENDAHULUAN

Program ini dirancang untuk memantapkan lagi kemahiran dalam bidang ICT di kalangan peserta pelajar-pelajar SK Serkam..Kertas kerja ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak pentadbir, Guru Besar Pn Hjh Nora Bt Ismal bagi tujuan penganjuran seminar ICT bertemakan “Kemantapan ICT Dalam Dunia Kanak-kanak.” pada 26 Mac 2011 ( Sabtu ) bertempat di Makmal Komputer SK Serkam.Program ini dianjurkan dengan mempunyai dua matlamat utama iaitu

· menjadikan para peserta berupaya membentuk diri supaya berkemahiran tinggi dalam dunia ICT.

· program ini dirangka dengan hasrat menyatukan pelajar-pelajar tahap 2 tahun 4, 5 dan 6 supaya dapat bersama-sama dan mencurahkan idea bagi memantapkan prestasi individu serta menunjukkan bakat dan kemahiran dalam bidang ICT.

1.0 OBJEKTIF

Penganjuran seminar ICT ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif yang telah digariskanseperti berikut:

1. Memantapkan ilmu dan kemahiran peserta dalam mentadbir sumber ICT

2. Menggalakkan perkongsian pengalaman dalam pembelajaran penggunaan ICT

3. Meninjau dan meneroka perkembangan teknologi ICT

4. Meningkatkan daya inovatif dan kreatif peserta dalam ICT

5. Meningkatkan minat terhadap ICT

2.0 PELAKSANAAN PROGRAM

Kami telah merancang program ini sejak awal bulan Januari lagi. Idea untuk menjalankan program ini dicetuskan oleh rakan-rakan seperjuangan di kalangan guru SK Serkam.Seterusnya, kami menjalankan sesi mesyuarat di kalangan ahli jawatankuasa program bagi merangka aturcara program ICT ini. Mereka telah memberi maklum balas yang menggalakkan dan kami sebulat suara telah bersetuju untuk menjalankan program ini.Selain itu, kami turut berbincang dengan beberapa urusetia luar bagi tujuan melicinkan lagi proses perlaksanaan program. Kami telah mengambil keputusan untuk menjalankan program bengkel ICT ini dalam tempoh masa terdekat.

3.0 BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 26 Mac 2011 ( Sabtu )

Tempat : Makmal Komputer Sk Serkam

Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari

Peserta : Pelajar Tahap 2 ( Tahun 4 , 5 dan 6 )

4.0 TENTATIF PROGRAM

08.30 pagi : Ketibaan peserta-peserta program

08.35 pagi : Pendaftaran peserta

09.00 pagi : Aktitviti ICT ( Bengkel Movie Maker )

12.00 pagi : Majlis tamat

Disediakan oleh :

Waidah Binti Abd Talib

Read more ...

Monday, March 21, 2011

Pelancaran Nilam 2011

pelancaran nilam 2011
ISNIN, 21 Mac 2011 – Berlangsungnya Pelancaran Program NILAM SK Serkam. Pelancaran disempurnakan oleh Pegawai BTPN. Turut hadir sama adalah En. Zaidi B Jaafar,Pegawai PKG Serkam (14). Nadi Ilmu amalan Membaca (NILAM) ini secara tidak langsung perasmian ini akan dapat memberikan suatu impak yang besar kepada sekolah seterusnya kepada pelajar-pelajar untuk lebih aktif dalam program ini bagi menjamin peningkatan peratusan perolehan pingat untuk Peringkat Jauhari dan Rakan Pembaca(RP).Program ini turut menyediakan murid mahir dan minat membaca sehingga terbitnya satu tabiat "suka membaca" selain meggunakan pelbagai bahan sebagai sumber bacaan. Terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya pihak Guru Besar dan warga SK Serkam.Tidak lupa juga ucapan tahniah kepada Adik Siti Nur Alia Bt Safri kerana menjadi Johan Nilam Peringkat Negeri Melaka Kategori Kawasan Luar Bandar Tahun 2011.Semoga kecemerlangan akan diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Read more ...
 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info