LAPORAN IN-HOUSE
UNIT PEMBESTARIAN SEKOLAH
1. Bengkel Mengoptimun Penggunaan dan Pengintegrasian Sumber PendidikaN Berasaskan TMK dalam P&P ke arah Pembestarian Sekolah
1.1 Bengkel ini diadakan bertujuan untuk:
- Menyampaian modul-modul yang terdapat dalam bengkel bagi tujuan menyebarluaskan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru di sekolah.
- Untuk melaporkan status pelaksanaan program pembestarian peringkat sekolah 2011
- Melatih guru-guru untuk memperoleh kemahiran bagi menjana kreativiti dan inovasi murid-murid di sekolah
- Memberi bimbingan kepada guru-guru menggunakan pendekatan projek based learning melalui portal dalam talian
1.2 Tarikh : 11-12 Julai 2011 (Sekolah Kebangsaan Serkam),
1.3 Tempat : Bilik Mesyuarat PKG 14 Serkam
1.4 Sasaran : 29 orang guru
1.5 Penceramah : Pn Waidah Binti Abd Talib
( Guru Penyelaras ICT SK Serkam )
2. Pelaksanaan Modul
2.1 MODUL 1 : PERANAN GURU PENYELARAS BESTARI (GPB), GURU PENYELARAS ICT (GPICT) DAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GPM) · Peserta kursus diberi pededahan tentang tugas dan tanggungjawab GPB dan GPM di sekolah. · Dalam komponen ini peserta kursus akan menghayati peranan GPM/GPB dan GPICT sebagai penggerak utama dan agen perubahan dalam proses transformasi pendidikan. · Modul ini dikendalikan dengan menggunakan kaedah perbincangan kumpulan, pembentangan dan analisis situasi..
2.1.1 OBJEKTIF · Meningkatkan komitmen, produktiviti, kecekapan dan keberkesanan GPB/ GPICT dan GPM sebagai peneraju utama bagi pembestarian sekolah. · GPB/GPICT dan GPM dapat berkolaborasi dengan berkesan sebagai agen perubahan dalam proses transformasi pendidikan di sekolah.
2.2 MODUL 2 : KEMAHIRAN ABAD KE-21 DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
· Guru-guru diberi pendedahan tentang kemahiran-kemahiran abad ke-21 dengan menghayati kemahiran-kemahiran Abad ke-21 untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran. · Modul ini dikendalikan dengan menggunakan kaedah perbincangan . Strategi pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut memerlukan guru-guru mengaplikasi kemahiran-kemahiran abad ke-21 yang dipelajari dalam pembelajaran dan pengajaran mereka serta mampu memberi bimbingan dalam aspek ini secara latihan · 2.2.1 OBJEKTIF
|
2.3 MODUL 3 : KEMAHIRAN PENGINTEGRASIAN SUMBER PENDIDIKAN BERASASKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
- Guru-guru diberi pendedahan tentang pengintegrasian bahan digital dalam pembelajaran dan pengajaran.
- Dalam komponen ini guru-guru akan membuat penilaian tentang tahap teknologi cerdas kendiri dan menghasilkan satu komponen dalam rancangan mengajar yang mengintegrasikan bahan digital dalam pembelajaran dan pengajaran. Peserta juga akan mempelajari teknik-teknik pengintegrasian video dalam pembelajaran dan pengajaran
- Modul ini dikendalikan dengan menggunakan kaedah perbincangan kumpulan.
2.3.1 OBJEKTIF
- Kemahiran mengintegrasi bahan-bahan digital dalam pembelajaran dan pengajaran.
- Kebolehan mengenalpasti teknik-teknik video yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
2.4 MODUL 4 : SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS
(SSQS)
- Guru-guru diberi pendedahan tentang domain dan indikator-indikator Smart School Qualification Standards (SSQS).
- Dalam komponen ini peserta kursus menganalisis jurang pencapaian antara tahap bintang sekolah dengan indikator 5 bintang.
- Modul ini dikendalikan dengan menggunakan kaedah perbincangan kumpulan, pembentangan dan sesi hands-on.
2.4.1 OBJEKTIF
- Memahami kepentingan pelaksanaan penarafan SSQS bagi pembestarian sekolah.
- Memahami empat domain dan indikator-indikator Smart School Qualification Standards (SSQS).
- Mengoptimum peranan untuk membantu meningkatkan tahap bestari sekolah.
Disediakan oleh:
WAIDAH BINTI ABD TALIB
GURU PENYELARAS ICT SK SERKAM, 2011
No comments:
Post a Comment