Friday, October 28, 2011

Sistem Peperiksaan Sekolah (SAPS)


Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS) dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalam bagi setiap sekolah di Malaysia.

SAPS merupakan sistem baru yang dibangunkan secara atas talian yang dicapai oleh semua pihak termasuklah JPN, KPM , PPD dan sekolah.Analisa yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras berdasarkan skala gred kebangsaan.

Data yang disimpan melalui SAPS boleh digunapakai oleh semua pihak terutamanya JPN, KPM dan PPD untuk membuat sebarang analisis.Sekurang-kurangnya kerenah meminta data peperiksaan ke sekolah akan dapat diminimumkan. SAPS juga boleh dijadikan "Early Warning System" kepada pihak pengurusan melalui Analisis TOV ( Take Of Value ) , AR ( Artual Result ) dan ETR ( Expected Target Result ).

Guru kelas boleh mengakses sistem ini untuk memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar bagi kelas yang berada di bawah jagaannya. Guru kelas juga boleh memasukkan markah bagi setiap mata pelajaran mengikut peperiksaan yang ditetapkannya. Hasilnya, guru kelas dapat mengeluarkan analisis bagi setiap peperiksaan yang telah dijalankan.


SAPS boleh dicapai melalui PORTAL NKRA seperti berikut :









Kalau cikgu-cikgu ingin mengetahui penggunaan SAPS dengan lebih lanjut,


sila klik pada pautan di bawah







Cikgu juga boleh mencari penyelesaian jika ada sebarang masalah yang dihadapi semasa menggunakan SAPS ini di artikel :













Read more ...

Sekitar Peperiksaan Akhir Tahun


Mulakan dengan doa agar diterangkan hati dan dipermudahkan dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan.Semoga kecemerlangan berada bersama kita.i-allah......

Read more ...

UPSR Datang lagi




" 0 adalah isi, isi adalah 0 "





Makin banyak yang saya ketahui, makin banyak yang saya tak tahu........




atau



dalam bahasa Inggerisnya



The more i know , the more i dont know





Orang success bukan melakukan sesuatu yang berbeza

tapi......



mereka melakukan hal yang sama dengan cara yang berbeza.......




Seramai 50 orang calon UPSr yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.Semoga apa yang murid dan guru usahakan selama ini akan membuahkan hasil yang sangat manis untuk dijadikan kenangan 2011.Selamat menjawab soalan dan i-allah berjaya. Amin.......





Read more ...

Pertandingan Kawad Kaki Antara Badan Beruniform





























Read more ...

Task Force Baikpulih Talian Internet









































Read more ...

Majlis Khatam Al-quran

































Read more ...

Thursday, October 27, 2011

Lantikan GPK Baru

En Mohamad B Kassim


GPK 1



En Rahman B Siran


GPK HEM




Pn Rosnah Bt Man


GPK KOKU



Tahniah kepada En Mohamad B kasim , En Rahman B Siran dan Pn Rosnah Bt Man kerana masing-masing telah dinaikkan pangkat ke GPK 1 , GPK HEM dan GPK KOKU berkuatkuasa 16 September 2011.Semoga kenaikan pangkat ini akan mengukuhkan lagi barisan pentadbiran di SK Serkam.
Read more ...

Selamat datang tn Hj Abbas B Aman



Selamat datang kepada Tn Hj Abbas B Aman ke sekolah kami. Perlantikan beliau sebagai Guru Besar baru mula berkuatkuasa pada September 2011.Semoga kehadiran beliau dapat memberi semangat kepada guru-guru dalam melaksanakan tugas sebagai pendidik.
Read more ...

Wednesday, October 19, 2011

Majlis Persaraan Pn Hjh Nora Binti Ismail









Majlis Persaraan Pn Hjh Nora Binti Ismail, Guru Besar SK Serkam telah diadakan pada 26 Ogos 2011 yang lalu.

cerita akan bersambung......
Read more ...

Wednesday, August 3, 2011

"MATI MEMOTIVASIKAN HATI"

MATI MEMOTIVASIKAN HATI - Peringatan Buat Diriku Yang Sering Lupa

Hidup itu sekali

Mati itu sekali

Persoalannya?

Kenapa kita tidak boleh hidup untuk mati?

Apabila disebut sahaja 'mati' maka ramailah yang takut, gerun, tak nak dengar dan cuba mengalih tajuk perbualan dan fikiran ke arah lain. Mati adalah puncak kepada hidup. Apabila mati maka jasad akan berhenti berfungsi. Yang ada hanyalah amalan kita. Baik ke? Buruk ke? Bergantung kepada amalan kita semasa hidup. Tok! tok! tok! ketuk hati tanya diri sendiri! Jangan tanya orang lain, sebab orang lain pun tak sempat nak tanya dirinya sendiri.

Ramai manusia di zaman kita ini suka kepada hidup. Sebab apa? sebab hidup hanya sekali. Memang benar, sama lah juga keadaannya mati. Mati juga sekali. Kecuali insan istimewa yang menjadi pilihan Allah. :-) Bila menyebut mati hanya sekali, adakah hidup itu berkali-kali? Jika berkali-kali hidup dan tak mati, teruskan dosa dan noda anda. Tapi ingatlah firman Allah yang bermaksud - "Setiap yang hidup itu pasti merasai mati". :-) Hidup hanya sekali dan mati pun hanya sekali. Tapi adakah berbaloi jika hidup sekali itu diisi dengan lumuran dosa yang pada nafsu kita ianya adalah menyeronokkan tapi bila mati ianya menyeksakan? :-)

Kita pasti merasakan kita hidup untuk capai pelbagai pencapaian yang baik dan lebih baik dari sebelumnya. Jika kita seorang pelajar, kita mesti nak hidup untuk capai kejayaan sebagai seorang pelajar. Jika kita seorang ahli muzik, kita mesti nak hidup untuk capai kejayaan sebagai seorang ahli muzik. Tapi adakah itu cukup? Pasti tidak cukup kerana matlamat dunia memang tak pernah habis. Kenapa kita tidak boleh hidup untuk mati? Apakah maksudnya? Bagaimana kita boleh hidup untuk mati? Jadikan setiap pekerjaan yang lakukan setiap hari sebagai salah satu cara untuk mengingati mati. Bagaimana caranya? Didik hati kita agar sentiasa ingat mati. Kita tidak tahu bilakah saat kematian kita, ini merupakan peluang kepada kita untuk buat amal kebaikan sebanyak dan sesungguh yang mungkin. Itulah caranya. :-) Mudah sahaja!

Anggaplah hari ini merupakan hari terakhir kita di muka bumi-NYA. Maka kita akan berusaha sungguh untuk melaksanakan tugas dan amanah kita dengan sebaik mungkin. Do the best! :-) Hati kita ini sebenarnya

lembut, tapi ianya keras dan kaku dan terus jadi begitu jika kita tidak membelainya dengan mati. Jika ingat pada mati, maka hati akan hidup. Jika kita lupa pada mati, maka hati akan mati. Begitulah momentumnya. Jadi jangan takut jika disebut hal-hal kematian, tapi bersemangatlah untuk berbuat kebaikan dan kebajikan. InsyaAllah kemanisan dan natijahnya yang baik akan kita rasai di negeri yang akan datang! :-)


Read more ...

Bahayanya fitnah...!


Saya terbaca tazkirah ini pada laman web Belia Islam, dan merasakan ia cukup relevan untuk renungan bersama.

i-aallah....

"Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan."

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel atau SMS. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.


Read more ...

Tuesday, July 19, 2011

Sekitar Peperiksaan Percubaan UPSR 2011







Peperiksaan Percubaan UPSR telah bermula hari ini.Seramai 50 orang calon sedang menduduki peperiksaan tersebut yang dijalankan selama 3 hari iaitu bermula 19 - 21 Julai 2011.Calon akan disajikan dengan soalan selaras 1 Melaka bagi semua calon sk dan sjk. Peperiksaan ini amat penting bagi membantu calon-calon untuk memohon sekolah berasrama pada tahun hadapan.Semoga calon dapat menjawab soalan dengan baik dan lebih berhati-hati.
Read more ...

Thursday, July 14, 2011

Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)


Sudah seminggu Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin.

Para Setiausaha Peperiksaan (SUP) atau Setiausaha Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SUPBS) setiap sekolah ada yang telah, sedang dan akan diberi kursus tentang perkara ini untuk disampaikan kepada semua guru mata pelajaran Tahun 1 KSSR.

Sistem ini boleh diakses melalui: http://apps.moe.gov.my/sppbs/



Muat turun Manual Pengguna SPPBS (Lembaga Peperiksaan)


Read more ...

Tuesday, July 12, 2011

Bengkel Mengoptimun Penggunaan dan Pengintegrasian Sumber Pendidikan Berasaskan TMK dalam P&P ke arah Pembestarian Sekolah, 2011

Photobucket

LAPORAN IN-HOUSE

UNIT PEMBESTARIAN SEKOLAH

1. Bengkel Mengoptimun Penggunaan dan Pengintegrasian Sumber PendidikaN Berasaskan TMK dalam P&P ke arah Pembestarian Sekolah

1.1 Bengkel ini diadakan bertujuan untuk:

  • Menyampaian modul-modul yang terdapat dalam bengkel bagi tujuan menyebarluaskan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru di sekolah.
  • Untuk melaporkan status pelaksanaan program pembestarian peringkat sekolah 2011
  • Melatih guru-guru untuk memperoleh kemahiran bagi menjana kreativiti dan inovasi murid-murid di sekolah
  • Memberi bimbingan kepada guru-guru menggunakan pendekatan projek based learning melalui portal dalam talian

1.2 Tarikh : 11-12 Julai 2011 (Sekolah Kebangsaan Serkam),

1.3 Tempat : Bilik Mesyuarat PKG 14 Serkam

1.4 Sasaran : 29 orang guru

1.5 Penceramah : Pn Waidah Binti Abd Talib

( Guru Penyelaras ICT SK Serkam )

2. Pelaksanaan Modul

2.1 MODUL 1 : PERANAN GURU PENYELARAS BESTARI (GPB), GURU PENYELARAS ICT (GPICT) DAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GPM)

· Peserta kursus diberi pededahan tentang tugas dan tanggungjawab GPB dan GPM di sekolah.

· Dalam komponen ini peserta kursus akan menghayati peranan GPM/GPB dan GPICT sebagai penggerak utama dan agen perubahan dalam proses transformasi pendidikan.

· Modul ini dikendalikan dengan menggunakan kaedah perbincangan kumpulan, pembentangan dan analisis situasi..

2.1.1 OBJEKTIF

· Meningkatkan komitmen, produktiviti, kecekapan dan keberkesanan GPB/ GPICT dan GPM sebagai peneraju utama bagi pembestarian sekolah.

· GPB/GPICT dan GPM dapat berkolaborasi dengan berkesan sebagai agen perubahan dalam proses transformasi pendidikan di sekolah.

2.2 MODUL 2 : KEMAHIRAN ABAD KE-21 DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

· Guru-guru diberi pendedahan tentang kemahiran-kemahiran abad ke-21 dengan menghayati kemahiran-kemahiran Abad ke-21 untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran.

· Modul ini dikendalikan dengan menggunakan kaedah

perbincangan . Strategi pelaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut memerlukan guru-guru mengaplikasi kemahiran-kemahiran abad ke-21 yang dipelajari dalam pembelajaran dan pengajaran mereka serta mampu memberi bimbingan dalam aspek ini secara latihan

·

2.2.1 OBJEKTIF

  • Guru dapat mengaplikasi kemahiran abad ke-21 dalam pembelajaran dan pengajaran
  • Guru boleh memberi bimbingan dan berkongsi ilmu tentang kemahiran abad ke-21 dalam p&p kepada guru dan murid.
  • Guru mampu mengaplikasi kemahiran abad ke-21 dalam pembelajaran dan pengajaran
  • Guru boleh memberi bimbingan dan berkongsi ilmu tentang kemahiran abad ke-21 dalam p&p kepada guru dan murid.

2.3 MODUL 3 : KEMAHIRAN PENGINTEGRASIAN SUMBER PENDIDIKAN BERASASKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN


  • Guru-guru diberi pendedahan tentang pengintegrasian bahan digital dalam pembelajaran dan pengajaran.
  • Dalam komponen ini guru-guru akan membuat penilaian tentang tahap teknologi cerdas kendiri dan menghasilkan satu komponen dalam rancangan mengajar yang mengintegrasikan bahan digital dalam pembelajaran dan pengajaran. Peserta juga akan mempelajari teknik-teknik pengintegrasian video dalam pembelajaran dan pengajaran
  • Modul ini dikendalikan dengan menggunakan kaedah perbincangan kumpulan.

2.3.1 OBJEKTIF

  • Kemahiran mengintegrasi bahan-bahan digital dalam pembelajaran dan pengajaran.
  • Kebolehan mengenalpasti teknik-teknik video yang boleh diaplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.

2.4 MODUL 4 : SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS

(SSQS)


  • Guru-guru diberi pendedahan tentang domain dan indikator-indikator Smart School Qualification Standards (SSQS).
  • Dalam komponen ini peserta kursus menganalisis jurang pencapaian antara tahap bintang sekolah dengan indikator 5 bintang.
  • Modul ini dikendalikan dengan menggunakan kaedah perbincangan kumpulan, pembentangan dan sesi hands-on.

2.4.1 OBJEKTIF

  • Memahami kepentingan pelaksanaan penarafan SSQS bagi pembestarian sekolah.
  • Memahami empat domain dan indikator-indikator Smart School Qualification Standards (SSQS).
  • Mengoptimum peranan untuk membantu meningkatkan tahap bestari sekolah.

Disediakan oleh:

WAIDAH BINTI ABD TALIB
GURU PENYELARAS ICT SK SERKAM, 2011
Read more ...

Bengkel Eduwebtv 2011

Photobucket

LAPORAN

Bengkel Penggunaan Eduweb TV telah dijalanka pada 11 Julai 2011 bertempat di Bilik Mesyuarat PKG14 Serkam.

Bengkel telah dilaksanakan pada bermula jam 2.30 dan tamat pada pukul 5.00 petang. Kali ini Bengkel Penggunaan Eduweb TV ini telah dihadiri seramai 15 orang peserta yang merupakan GPK, Ketua-ketua Panitia dan guru-guru , En. Rosidi bin Umar, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG14 Serkam merupakan fasilitator bengkel.

Bengkel sehari ini merupakan salah satu Program Penggunaan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran yang diberikan kepada sekolah di mana objektifnya ialah memberi pendedahan kepada guru selain dari memantapkan lagi penggunaan Eduweb TV didalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah.

Antara pengisian bengkel adalah:

1. Penggunaan EduWeb TV

a. memahami fungsi EduWeb TV

b. pendaftaran pengguna Eduweb TV

c. menyenarai playlist

Bengkel yang memberi latihan ’hands-on’ telah dijalankan dengan begitu menarik sekali dan mendapat tumpuan yang sepenuhnya dari para peserta.

Selain itu beberapa demonstrasi teknik menjalankan P&P menggunakan Eduweb TV juga telah diajar kepada peserta untuk memudahkan proses P& P yang dijalankan oleh guru dan murid dari rumah mereka.

Semasa bengkel ini dijalankan, para peserta telahpun berjaya mendaftar sebagai pengguna Eduweb TV dan juga playlist bagi setiap subjek yang diajar.

Pihak sekolah juga amat berpuashati dengan kemahiran yang telah diperolehi dan amat berterima kasih kepada fasilitator yang telah berjaya menjalankan bengkel dengan begitu baik sekali.

Diharap agar peserta yang telah diberi latihan ini dapat mengembangkan kemahiran dan menggunakan ilmu selain dari dapat mewujudkan budaya penggunaan teknologi pendidikan dan media di sekolah.


Disediakan oleh:

WAIDAH BINTI ABD TALIB

GURU PENYELARAS ICT SK SERKAM 2011

Read more ...
 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info