Saturday, July 24, 2010

LADAP 4






Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) kali ke-4 telah dijalankan pada 24 Julai 2010, bertempat di Makmal Komputer Sk Serkam.Pengisian kali ini ialah Taklimat Tabung Haji Travel di mana pegawainya didatangkan khas dari Pusat Tabung Haji Kuala Lumpur.Beliau menawarkan skim tabungan Mengerjakan Haji Dan Umrah melalui simpanan serendah rm50 sebulan. Walaubagaimanapun, pihak Tabung Haji akan membawa haji ahli sekiranya ada kes kematian dengan menggunakan wang Tabung Khairat.

Slot Ke-2 ialah School Improvement Programme MBIMBM oleh Pn Rozita Abd Samad dan Pn Suzana Zainuddin.Kami diajar cara membuat Pumpkin.
Read more ...

Wednesday, July 21, 2010

Minggu Membaca



Minggu Membaca Peringkat sekolah telah selamat dilancarkan oleh En Mohamad B Kasim, GPK HEM pada19 Julai 2010.Program ini bermula pada 19 - 23 Julai 2010.Sepanjang minggu ini, murid- murid akan didedahkan tentang teknik membaca dengan betul di samping memberi galakan agar murid minat dan gemar membaca.Seterusnya dapat mencungkil bakat-bakat terpendam di kalangan murid SK Serkam melalui pertandingan-pertandingan yang dijalankan.

Aktiviti Minggu Membaca 2010

19 Julai 2010
Pelancaran Minggu Membaca di tapak perhimpunan

20 Julai 2010 ( Tajuk : Membaca Jambatan Ilmu / Bahasa Jiwa Bangsa )
Pertandingan Mewarna Tahap1
Pertandingan Melukis Poster Tahap 2

21 Julai 2010 (Tajuk : Faedah Membaca / Aku Sebuah Buku )
Pertandingan Tulisan Cantik Tahap 1
Pertandingan Mengarang Tahap 2

22 Julai 2010 (TEma : Koleksi Pantun / Sajak / Tokoh Seni )
Buku Skrap Tahap 2

23 Julai 2010
Kuiz Membina Perkataan Tahap 1 / 2

Read more ...

Tuesday, July 13, 2010

Johan Pidato Piala Diraja Peringkat Negeri, 2010


Tahniah kepada Adik Siti Nur Alia Bt Safri kerana telah menjadi Johan Pidato Piala Diraja Peringkat Negeri yang telah diadakan pada Isnin, 12 Julai 2010 bertempat di Japerun Rembia Alor Gajah.Adik Siti Nur Alia akan mewakili Negeri Melaka ke peringkat Kebangsaan nanti.Berbekalkan bakat dan semangat yang kuat, doa kami semoga Adik Alia akan berjaya ke peringkat yang lebih tinggi.Amin....
Read more ...

Saturday, July 10, 2010

Sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah

Pada 9 Julai 2010, Sk Serkam telah mengadakan sambutan Israk Mikra peringkat sekolah.Aktiviti bermula seawal jam 8.00 pagi dengan bacaan yassin oleh semua warga sekolah.Diikuti dengan bacaan Quran oleh adik Siti Khadijah Bt Abu Basyar dari Tahun 5 Amanah.Acara seterusnya ialah Tazkira "Peristiwa Israk Mikraj" oleh Ustaz Mohd Abd Latif B Md Zin

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 R
ejab

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..



Read more ...

Saturday, July 3, 2010

Sunnah Kebangkitan...

Melihat suasana dan musibah yang melanda umat Islam sekarang ini di Palestin amat memedihkan jiwa. Masjid Aqsa dijajah, rumah-rumah dirampas, kehidupan disekat dengan tembok batu, serangan, pembunuhan dan pengeboman saban hari berlaku tanpa ada pembelaan.

Negara-negara Islam pula hanya mampu melihat tanpa bertindak manakala jiwa pemuda yang membara hanya sekadar di jalanan dan semaraknya hanya seketika sebelum layu semula dihanyut ombak dunia.

Begitu juga dengan Iraq dan Afghanistan yang masih dijajah oleh tentera salibiyah moden. Negara-negara Afrika Islam seperti Sudan dan Somalia pula dihimpit kemiskinan, kebuluran dan pertempuran yang panjang.

Umat di Pakistan dan Arab pula tidak henti-henti bertelagah sesama sendiri, kerana khilaf mazhab atau apa jua sebab. Juga serangan pemikiran yang menimpa pemuda-pemudi Islam di Nusantara hingga hilang identiti dan sifat kemuliaan Islam pada diri mereka.

Umat hari ini yang pada asalnya kita adalah singa yang menjadi raja, ditukar menjadi kijang yang pengecut dan menjadi pak turut kepada agenda musuh-musuh Allah.

Benar sabda baginda nabi bahawa umat hari ini telah menjadi laksana buih di lautan, banyak tetapi tidak berkualiti.

Apakah masih ada sinar kebangkitan di hujung terowong buat umat Islam hari ini?

Dalam sejarah panjang perjuangan tauhid di sepanjang zaman, Allah telah menetapkan bahawa sebelum sesuatu umat itu diwariskan kepada mereka kemuliaan, Allah akan menguji mereka dengan sehebat-hebat ujian, hingga mereka menjadi kuat kerana ujian itu dan kebergantungan mereka dalam mendepani cabaran hanyalah kepada Allah semata-mata.

Banyak kisah di sepanjang zaman yang harus kita teladani, antaranya kisah Nabi Musa dan umatnya yang banyak sekali diceritakan oleh Allah di dalam Al Quran.

“Sesungguhnya Firaun telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Firaun termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan.”

Kaum Nabi Musa telah ditindas dengan begitu hebat oleh Firaun dan kerajaannya. Hingga anak-anak kecil dibunuh dengan kejam tanpa sebarang alasan yang munasabah.

“Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi). Dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan Kami perlihatkan kepada Firaun dan Haman beserta tentEranya apa yang selalu mereka khuatirkan dari mereka itu” (Al-Qasas: 4-6)

Namun Allah telah menyatakan rahsia di sebalik penindasan itu adalah kerana Allah ingin menjadikan mereka pemimpin di muka bumi. Tetapi sebelum mereka mendapat kemenangan, Nabi Musa dan Bani Israel diuji dengan hebat hingga ke suatu tahap yang mereka seakan berputus asa dari pertolongan Allah.

Maka Firaun dan bala tenteranya dapat menyusuli mereka di waktu matahari terbit.

Maka setelah kedua golongan itu saling melihat, berkatalah pengikut-pengikut Musa: “Sesungguhnya kita benar-benar akan tersusul”.

Musa menjawab: “Sekali-kali tidak akan tersusul; sesungguhnya Tuhanku besertaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku”.

Lalu Kami wahyukan kepada Musa: “Pukullah lautan itu dengan tongkatmu”. Maka terbelahlah lautan itu dan tiap-tiap belahan adalah seperti gunung yang besar.

(As-Syuaraa: 60-63)

Hingga akhirnya datang pertolongan Allah dengan cara yang tidak disangka-sangka dan Firaun dan kerajaannya tewas dengan cara yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa pada masa itu. Sungguh, pada kisah Nabi Musa ada teladan yang harus diiktibari oleh orang-orang yang beriman.

Pada kisah perjuangan Rasulullah juga tergambar suatu sunnah kemenangan yang harus diteladani di sepanjang zaman. Betapa kisah penindasan umat Islam di zaman Mekkah, juga ketika Madinah dikepung oleh tentera Ahzab sebenarnya adalah petanda bahawa kemenangan bagi umat Islam sedang dalam perencanaan Allah.

Begitu juga ketika peristiwa Constantinople hendak dibebaskan oleh Sultan Muhammad Al-Fatih. Empayar Uthmaniah sebelumnya mengalami ujian yang sangat dahsyat dengan serangan-serangan dari kerajaan luar seperti Timurlane dan perpecahan dalaman yang berlaku akibat perebutan kuasa.

Rupanya kejadian-kejadian yang berlaku ada rahsia di sebaliknya. Allah sedang mempersiapkan dengan ujian ini tentera yang terbaik dan pemerintah yang terbaik bagi menawan kota Constantinople yang gagal ditawan oleh generasi para sahabat yang mulia.

Hari ini kita melihat rakyat Palestin ditindas, Gaza dikepung dan kelihatannya penderitaan ini bagai sebuah penderitaan yang tidak akan berkesudahan. Begitu juga dengan negara-negara Islam lain yang tertindas.

Namun lakaran sejarah semalam telah menunjukkan bahawa penindasan ini sebenarnya adalah proses ujian untuk menyediakan masyarakatnya bagi menghadapi perjuangan yang lebih besar, iaitulah perjuangan membebaskan Masjid Al-Aqsa dan menyebarkan kebaikan Islam ke seluruh alam.

Ini adalah sunnah kebangkitan yang sifirnya telah ditentukan sejak dahulu lagi, hanya masa yang akan menentukan bilakah waktu kemenangan akan datang. Persiapkanlah diri kita dengan iman dan taqwa kerana pertolongan Allah itu mungkin telah hampir, mungkin lebih hampir dari apa yang kita sangkakan.


Read more ...

Friday, July 2, 2010

Hari Terbuka






Pada hari Jumaat - 2 Julai 2010, SK Serkam telah mengadakan Hari Terbuka untuk ibubapa murid-murid Tahun 1 hingga 6.Hari istimewa ini bertujuan untuk menandatangani Laporan Adab Belajar di samping mengadakan sesi Perbincangan Permasaalahan Anak-anak di sekolah bersama guru.

"Anak ialah cahaya mata penawar hati ibu dan ayah. Inilah ikatan kasih yang paling istimewa dalam hidup ini. Anak juga sebahagian daripada ujian Allah. Kesabaran dalam mendidik anak-anak, diuji dengan kerenahnya seawal hari pertama kelahiran hingga meningkat dewasa. Apatah lagi apabila mereka menjenguk usia remaja. Apakah ciri-ciri anak yang positif? Adakah cukup sekadar pendidikan duniawi semata-mata? Benarkah didikan anak-anak diletakkan terus di bahu guru ketika berada di sekolah?
Read more ...
 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info