Monday, June 21, 2010

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Tahniah diucapkan kepada 2 orang guru kita iaitu Pn Shahida Bt Zainuddin dan Pn Waidah Bt Abd Talib kerana telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2009.Penganugeraan ini telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 24 Jun 2010 ini bertempat di ILP Selandar, Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Datuk Hj. Yaakub Bin Hj. Mohd Amin, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran Sains & Teknologi Dan Sumber Manusia..Semoga dengan pengiktirafan ini, beliau dapat dijadikan contoh kepada guru-guru baru untuk bekerja dengan lebih bersemangat lagi bagi menjayakan profesion perguruan kita.Tahniah .....

GARIS PANDUAN MENGENAI PEMBERIAN ANUGERAH
PERKHIDMATAN CEMERLANG PERKHIDMATAN AWAM

TUJUAN

Pekeliling ini bertujuan menyampaikan keputusan Kerajaan untuk memperluaskan kelayakan anggota-anggota yang boleh dipertimbangkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perkhidmatan Awam.kepada anggota yang tidak memilih terma dan syarat-syarat perkhidmatan Sistem Saraan Baru (SSB).Dengan itu Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1993 dan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1993 (Pindaan No.2/1993) perlu dipinda untuk memasukkan keputusan tersebut.

PINDAAN

2. Perenggan 8 dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1993 dan perenggan 8(i) dan (ii) Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1993 (Pindaan No.2/1993) adalah, dengan ini, diganti dengan perenggan 8(i) dan 8(ii) yang baru seperti berikut:

“8. Pemilihan penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang hendaklah dibuat pada tiap-tiap tahun oleh Panel Penyelarasan Penilaian Prestasi dan Pergerakan Gaji (PPG) berasaskan Laporan Penilaian Prestasi. Anggota-anggota berikut layak dipertimbangkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perkhidmatan Awam:

(i) 2 peratus anggota-anggota Perkhidmatan Awam yang telah mencapai prestasi kerja yang cemerlang, iaitu anggota yang menerima pergerakan gaji secara melintang di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) dan anggota yang mendapat markah penilaian prestasi 90 peratus ke atas bagi yang tidak memilih terma dan syarat-syarat perkhidmatan SSB. Bagaimanapun, bagi anggota yang telah mencapai gaji maksimum, mereka juga layak dipertimbangkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang asalkan mereka tergolong dalam lingkungan 2 peratus;

(ii) 3 peratus anggota-anggota Perkhidmatan Awam yang telah mencapai prestasi kerja yang baik, iaitu anggota yang menerima pergerakan gaji secara menegak di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) dan anggota yang mendapat markah penilaian prestasi 80 hingga 89.99 peratus bagi yang tidak memilih terma dan syarat-syarat perkhidmatan SSB. Bagaimanapun, bagi anggota yang telah mencapai gaji maksimum, mereka juga layak dipertimbangkan Augerah Perkhidmatan Cemerlang asalkan mereka tergolong dalam lingkungan 3 peratus.”

TARIKH KUATKUASA
2. Pindaan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2000.

Bookmark and Share

No comments:

Post a Comment

 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info