Saturday, June 5, 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun


Peperiksaan Pertengahan tahun telah selamat dijalankan bermula 31 Mei - 4 Jun 2010 yang lalu.


PERSEDIAAN FIZIKAL
Kesihatan

Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Gangguan kesihatan pasti tidak akan mengizinkan kita untuk mengulangkaji dan ini akan membuatkan kita mempunyai tekanan emosi. Tambahan pula apabila sakit itu meleret hingga ke hari peperiksaan, pastinya ia akan mengganggu anda menjawab soalan dan membuatkan kita tidak dapat menjawab dengan baik. Oleh itu, pastikan diri kita mengamalkan cara hidup yang sihat. Jangan terlalu mengutamakan persediaan untuk peperiksaan hingga mengabaikan kesihatan diri sendiri.

PERSEDIAAN MENTEL
Pelbagai Gambaran Negatif

Kerapkali masalah yang dihadapi oleh kita apabila hampir dengan peperiksaan ialah takutkan kegagalan. Walaupun sudah berusaha bersungguh-sungguh, namun perasaan takutkan kegagalan itu sering mengganggu pemikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar adalah :

  1. Menyerah kalah sebelum berjuang
  2. Merasa belum bersedia untuk menghadapi peperiksaan
  3. Harapan yang tinggi dari ibu bapa

elemen-elemen ini akan membuatkan kita menjadi lemah semangat, strees, dan menjadikan kita hilang keyakinan untuk menggapai kejayaan walaupun kita masih belum melihat soalan itu.

Berfikiran Positif

Bagi mengatasi segala tekanan mentel seperti di atas, kita perlulah mengubah cara pemikiran kita ke arah yang lebih positif. Fokuskan mentel kita kepada apa yang kita perlu atau harus lakukan serta apa hasil yang kita harapkan. Kita tidak perlu merasa bimbang terhadap apa keputusan yang akan kita kecapai tetapi apa yang perlu kita bimbangi jika kita tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.

Sekiranya kita memikirkan kegagalan, apa yang akan kita pikirkan hanyalah rintangan dan halangan. Ini akan membuatkan kita lemah semangat serta meragui kebolehan yang ada pada diri kita. Oleh itu untuk mengelakkan diri daripada lemah semangat perlulah kita berpegaang kepada kata-kata yang boleh menaikkan semangat seperti ‘Sedikit Pencapaian itu lebih baik daripada tiada pencapaian langsung’.

PERSEDIAAN EMOSI

Dalam saat-saat getir untuk mendepani peperiksaan ini, perlulah kita mengelakkan diri daripada sebarang bentuk gangguan emosi yang akan memberikan kita beberapa effect yang negetif. Perkara-perkara ini haruslah kita mengelakkan seboleh-bolehnya

  1. Pentengkaran dengan sahabat-sahabat lain.
  2. Melakukan perkara yang boleh mencetuskan kemarahan ibu bapa
  3. Cinta monyet yang mungkin kecundang di saat-saat menghadapi peperiksaan
  4. Bersikap terlalu yakin ‘overconfident’
  5. Berperasangka buruk terhadap orang lain

dalam saat-saat menghampiri peperiksaan ini, pelbagai tekanan akan muncul. Oleh itu, depanilah orang-orang di sekeliling kita dengan perasaan yang ceria walaupun kita sendiri berada dalam keadaan tertekan. Ini bukan sahaja dapat menbentengi diri kita, malah akan membuatkan orang di sekeliling kita merasa tenang dengan kita. Ambillah dari sudut yang positif. Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar.

PERSEDIAAN ROHANI

Selain dari persediaan fizikal, mental, emosi, persediaan dari segi rohani juga perlu dititikberatkan. Kita perlu fahami kedudukan kita sebagai seorang hamba hanya mampu berusaha sebaik mungkin, tetapi hasil sebenarnya Allah jua yang menentukan. Ketenangan jiwa dan fikiran sangat diperlukan di saat-saat menghadapi peperiksaan. Oleh itu, lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini. Antara perkara-perkara yang boleh kita lakukan adalah ;

  1. Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan serta pohon Allah terangkan hati kita dalam menghadapi peperiksaan. Minta pada Allah agar apa yang kita pelajari ini masuk dalam peperiksaan
  2. Minta restu ibu bapa, Doa ibu bapa terhadap anaknya merupakan doa yang makbul. Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka doakan kejayaan kita.
  3. Banyak berzikir serta membaca Al-Quran. hati yang sentiasa berzikir mengingati Allah akan mencapai ketenganga sepertimana dalam firman Allah

    ‘Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang’(Surah ar-Ra’ad ayat 36)’

    4. Jauhi maksiat serta dosa besar seboleh mungkin kerana mereka yang bergelumang dengan maksiat akan mempunyai jiwa yang resah serta tidak mendapat keberkatan daripada Allah

Bookmark and Share

No comments:

Post a Comment

 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info