Sunday, January 15, 2012

DISIPLIN

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DISIPLIN



Bidang Tugas:
1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya.



2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan.


3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah, daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru. Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati sesuai dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru.


4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar.


5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain.


6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke semasa di sekolah.


7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari persekolahan. 


8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan tindakan yang sesuai.


9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh para pelajar sekolah.


10. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataan dan di dalam bilik darjah.


11. Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan besar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara atau pembuangan sekolah.


12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada pelajar di sekolahnya.


13. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikan masalah pelajar.


14. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk menguruskan kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah.


15. Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu dan mengumumkan kelas yang paling kotor.


PERATURAN AM SEKOLAH




1. WAKTU PERSEKOLAHAN
Guru-guru dan murid-murid hendaklah berada di sekolah jam 7.30 pagi. Waktu persekolahan bermula jam 7.30 pagi, murid-murid berbaris di medan perhimpunan atau di hadapan kelas untuk bacaan doa dan aktiviti-aktiviti pendidikan. Loceng kedua akan dibunyikan pada jam 7.40 pagi sebagai permulaan pengajaran dan pembelajaran.

2. TANDA NAMASemua warga guru dan staf sokongan dikehendaki memakai tanda nama sewaktu menjalankan tugas rasmi sekolah kerana peraturan tersebut adalah sebahagian daripada peraturan  yang ditetapkan dalam Pekeliling Kerajaan.

3. CUTI                 
Hak cuti warga sekolah adalah tertakluk kepada peraturan Prosidur Cuti Kakitangan Kerajaan yang mesti diperakukan kebenaran atau budi bicara Guru Besar. Sijil MC atau surat akuan sekadar dokumen sokongan untuk mendapat kebenaran bercuti. Sekiranya guru atau staf sokongan tidak hadir kerana sakit, MC hendaklah diserahkan kepada Pembantu Tadbir.
4.         AKTIVITI SEKOLAHSemua warga sekolah diminta melaksanakan tugas secara muafakat, dedikasi, inovatif dan komitmen yang tinggi bagi menghasilkan input yang berkualiti dan berkuantiti. Semua warga sekolah hendaklah memberi kerjasama dan sokongan walaupun tidak terlibat secara langsung demi memastikan aktiviti sekolah yang dijalankan mencapai kejayaan yang cemerlang.

5. KEGIATAN MEROKOKSekolah merupakan kawasan “Larangan Merokok”, walau bagaimanapun peraturan sementara memberi keizinan kepada sekolah merokok di tempat khas tidak terdedah kepada pandangan murid, tempat merokok adalah seperti yang ditetepkan oleh pihak sekolah.


6. KELUAR WAKTU BERTUGASKeluar kawasan sekolah waktu bertugas hanya dengan kebenaran Guru Besar atau Penolong Kanan. Warga yang diberi kebenaran hendaklah membuat catatan dalam buku Kawalan Masuk Keluar Sekolah dan ditandatangani oleh pengurusan sekolah berkenaan.

7. PERPADUAN DAN KESEPADUANIklim persekolahan mestilah bersih daripada sikap pentingkan diri sendiri dan lebih mengutamakan konsep kesepakatan dalam semua urusan kerja untuk mewujudkan suasana kerja yang harmonis dan menyeronokkan.

8. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Semua tugas yang diberi tanggungjawab hendaklah dirancang dengan teliti, dikelolakan dengan sempurna , bermatlamat dan mencapai tahap keberkesanan yang tinggi. Penilaian dan kawalan mutu kerja akan dibuat untuk menjamin kualiti pendidikan sekolah.

9. PELANGGAN SEKOLAH
Warga sekolah hendaklah  ember keutamaan kepada semua pelanggan sekolah yang datang berurusan dan menerima perkhidmatan sekolah. Mereka hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu ke pejabat sekolah sebelum dibenarkan  berurusan dengan warga sekolah yang lain. Mereka perlu diberi layanan yang baik dan mesra 

10. MASALAH PERIBADIWarga sekolah diminta tidak membawa masalah peribadi ke kelas. Sebarang masalah boleh dikongsi pandangan dan nasihat daraipada rakan sekerja yang atau boleh dimaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah jika perlu.

11. POLITIK DAN PARTI
Fahaman politik adalah hak individu. Elakkan diri daripada membawa masuk sebarang pengaruh dan fahaman politik dalam kawasan sekolah terutama politik yang bertentangan dengan dasar kerajaan kerana menyalahi Etika dan Peraturan sedia ada.

12. BIDANG KERJA DAN PEKERJAANSemua warga sekolah diminta memberi tumpuan sepenuhnya terhadap bidang tugas dan kerja masing-masing tanpa diberi nasihat, teguran dan amaran.

13. DENDA DAN DERA
Elakkan diri daripada terlibat dengan kegiatan dera dan denda murid. Guna saluran sedia ada untuk sebarang tindakan disiplin murid. Tindakan mesti mengikut prosedur  Tatacara Tindakan Disiplin Pelajar yang dibenarkan oleh Kementerian Pelajaran.


14. TATALAKU DAN PRILAKUPeralaku semua warga adalah selaras dengan tuntutan agama, panduan tatalaku dan etika kerajaan yang dikeluarkan oleh Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

15. PINJAMAN DAN PENJAMINSemua warga sekolah diminta merancang kadar gaji sebelum membuat pinjaman. Cuba elakkan daripada menjadi penjamin kepada pihak yang kurang pasti keadaannya kerana ramai kakitangan yang digunakan sebagai penjamin kepada pihak yang kurang pasti keadaannya  sebagai penjamin terpaksa membayar balik pinjaman orang yang dijaminnya.

16. PESANAN BARANG DAN PERALATAN
Warga sekolah diminta mengemukakan butiran barang dan peralatan yang diperlukan dan pesanan boleh dibuat secara membuat kebenaran dari pihak sekolah atau unit berkenaan.

17. HARTA BENDA SEKOLAHWarga sekolah diminta menjaga harta sekolah yang dipertanggungjawab kepada mereka dan tidak boleh dibawa keluar tanpa sebarang kebenaran dari pihak pengurusan sekolah.

18. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pengajaran berdasarkan KBSR dengan mempelbagaikan kaedah, sekolah bermatlamat, tercapai objektif yang dirancang, kawalan kelas yang sempurna dan mencapai pelunjuran yang dibina.

19. MASUK KELAS
Kewajipan masuk ke kelas seperti peruntukan Jadual Waktu Pengajaran dan Jadual Guru Ganti. Masuk dan keluar kelas menepati masa sebenar. Sila sediakan bahan belajar murid jika tidak dapat masuk ke kelas kerana terlibat dengan urusan rasmi atau kecemasan semasa waktu persekolahan.


20. PELAKSANAAN AKTIVITI DAN PROGRAM SEKOLAH
Semua aktiviti dan program yang telah dirancang dan disusun dalam takwim sekolah hendaklah dilaksanakan dengan teliti. Warga sekolah tidak dibenarkan sama sekali mengubah sebarang keputusan yang berkaitan dengan dasar sekolah. Ini adalah untuk menjaga keharmonian dan perpaduan di antara warga sekolah dan pihak masyarakat. Sebarang masalah dan kekeliruan hendaklah dirujuk dengan pengurusan sekolah.

21. PEMERIKSAAN BUKU MURID
Pemeriksaan buku dilakukan dengan sempurna dan teliti serta dalam lingkungan masa yang singkat antara tarikh latihan dengan tarikh buku diperiksa. Murid-murid diminta membuat pembetulan  bagi jawapan yang salah. Buku-buku latihan ini hendaklah diserahkan kepada Guru Besar dan Penolong Kanan untuk disemak mengikut jadual yang telah disediakan

22. SOALAN PEPERIKSAAN
Semua kertas jawapan peperiksaan wajib diserahkan kepada murid setiap kali selepas peperiksaan supaya ibu bapa dapat memantau pencapaian anak-anak mereka dalam pelajaran.

23. PENCERAPAN GURU
Guru Besar dan Penolong Kanan akan memantau pengajaran guru di dalam kelas atau semasa Pendidikan Jasmani secara berkala.


24. PROGRAM PEMULIHAN

Program pemulihan akan dilaksanakan mengikut perancangan sedia ada oleh Jabatan Pelajaran. Namun begitu aktiviti-aktiviti Pengayaan dan Pemulihan setiap mata pelajaran hendaklah dilakukan oleh guru yang mengajar mata pelajaran tersebut. Nilai keberkesanannya menjadi sasaran utama  pelunjuran sekolah.
25. KEGIATAN LUAR KELAS
Kegiatan luar kelas yang dirancang oleh warga sekolah mestilah terlebih dahulu dimaklumkan kepada unit berkenaan serta dimaklumkan kepada keluarga murid. Pastikan guru pengelola dan AJK terbabit hadir dalam aktiviti tersebut.

26. JADUAL KELAS GANTI
Kelas ganti merupakan sebahagian daripada tugas rasmi untuk memastikan murid tersebut menerima pendidikan meskipun berlaku keuzuran diri guru yang sepatutnya masuk mengajar atau menghadiri urusan rasmi. Guru ganti berkenaan adalah bertanggungjawab  sepenuhnya  atas perjalanan dan keselamatan kelas tersebut.

27. LATIHAN UJIAN DAN PENILAIANMurid mestilah didedahkan dengan kemahiran menjawab soalan  dengan banyak, sempurna dan mencukupi. Warga guru diminta menguji murid dengan aktiviti latihan dalam kelas, kerja rumah, melalui buku kerja, kerja hujung minggu dan kerja masa cuti secara terancang dan berkesan.

28. MARKAH UJIAN DAN PENILAIAN
Ujian penilaian yang dilakukan hendaklah direkodkan di dalam buku rekod mengajar serta dipamerkan di dalam kelas serta disampaikan kepada Unit Kurikulum untuk dianalisa dan diterjemahkan dalam Pelunjuran Sekolah semasa mesyuarat Kurikulum. Murid yang semakin meningkat pencapaiannya akan diberi hadiah rangsangan dalam Hari Anugerah Cemerlang.
29. KURSUS DAN SEMINARMana-mana warga sekolah yang menghadiri kursus, seminar dan perjumpaan hendaklah menyediakan laporan serta disebarkan untuk makluman semua rakan sekerja sekolah.

30. REKOD PRESTASI MURID
Rekod prestasi murid hendaklah dipamerkan dalam kelas untuk menggalakkan  persaingan dalam kalangan murid-murid. Murid-murid yang merosot pencapaiannya hendaklah diberi bimbingan dan diberi galakan untuk mengembalikan keyakinan diri murid berkenaan.

31. PIAGAM SEKOLAHWarga sekolah hendaklah memahami Piagam sekolah yang sedia ada dan mematuhi semua perkara yang terkandung di dalamnya untuk meningkatkan kejayaan Sekolah Kebangsaan Arau ke tahap paling tinggi.

‘Guru mempunyai cabaran dan tanggungjawab membina potensi/fitrah anak muridnya supaya menjadi orang yang mempunyai tabiat terbaik dan amalan terbaik. Ini hanya dapat dilaksanakan dengan berkesan apabila guru itu sendiri beribadat membina tabiat terbaik dan amalan terbaik’ 





Bookmark and Share

No comments:

Post a Comment

 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info