Sunday, June 27, 2010

Johan dan Naib Johan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Negeri


Tahniah kepada Adik Siti Nur Arissa Bt Safri kerana berjaya menyandang gelaran Naib Johan Tahap 1 dan Adik Mohamad Zuhair B Azman sebagai Johan Tahap 2 dalam Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Peringkat Negeri yang telah diadakan pada 22 Jun 2010 bertempat di SJKT Jasin .Adik Zuhair akan meneruskan cabaran ke peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Perak bulan Jun 2010 nanti.Harapan semoga akan terus berjaya.Insyallah....

PERTANDINGAN BERCERITA DALAM BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN

1. Pendahuluan

Pendahuluan bercerita dalam bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah
adalah merupakan anjuran Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan di peringkat
kebangsaan. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, Perpustakaan Negara, dan Bahagian Teknologi Pendidikan turut memberikan kerjasama bagi menjayakan program ini.

2. Objektif
2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan meyakinkan
2.2 Menggalakkan murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan dan karya traditional.
2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing di kalangan murid.
2.4 Meningkatkan kemahiran bertutur dan mendengar dalam bahasa Melayu

3. Penyertaan
Penyertaan ini terbuka hanya kepada murid-murid tahap 1 dan 2 sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan

4. Format Pertandingan
4.1 Peringkat Daerah
4.1.1 Semua Pegawai Pendidikan Daerah/Bahagian (PPD/PPB) bertanggungjawab mengelolakan pertandingan ini di peringkat Daerah/Bahagian.
4.1.2 Pegawai PPD/PPB akan mempengerusikan Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan Peringkat Daerah/Bahagian
4.1.3 Semua pertandingan di peringkat Daerah/Bahagian seharusnya selesai dilaksanakan sebelum pertanidngan peringkat negeri.
4.1.4 Peserta-peserta yang menjadi johan Daerah/Bahagianakan mewakili Daereah/Bahagian ke peringkat Negeri

4.2 Peringkat Negeri
4.2.1 Semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bertanggungjawab mengelolakan pertandingan ini di peringkat negeri masing-masing.
4.2.2 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat negeri akan diketuai oleh Pengarah Pelajaran Negeri.
4.2.3 Semua pertandingan di peringkat negeri seharusnya selesai dilaksanakan sebulan sebelum pertandingan peringkat kebangsaan.
4.2.4 Peserta-peserta yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri negeri ke peringkat kebangsaan

4.3 Peringkat Kebangsaan
4.3.1 Pertandingan ini di peringkat kebangsaan akan dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan.
4.3.2 Tarikh pertandingan akan ditentukan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan
4.3.3 Peserta-peserta negeri akan diiringi oleh dua orang guru pengiring (seorang untuk peserta tahap 1, seorang untuk peserta tahap 2 dan seorang pegawai JPN.

5. Syarat-Syarat Pertandingan
5.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid tahap satu (1), dan tahap dua (2) sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan
5.2 Hanya seorang peserta sahaja mewakili tahap masing-masing dibenarkan

Bookmark and Share

No comments:

Post a Comment

 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info