Sunday, June 27, 2010

Johan Pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Daerah


Tahniah kepada adik Siti Nur Alia Bt Safri kerana berjaya menyandang gelaran Johan dalam Pertandingan Pidato Piala Diraja yang telah diadakan pada 23 Jun 2010 bertempat di SK Chincin.Beliau akan meneruskan cabaran ke Peringkat Negeri pada masa dan waktu yang akan ditentukan nanti.Harapan semoga akan terus berjaya.Insyallah....

Peraturan Pemarkahan
3.5.1 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama

i) Isi ( 30 markah )

Pemidato akan diadili dari segi pengutaraan 3 isi yang bernas, data-data dan bahan-bahan yang tepat serta logik termasuk penghuraiannya.

Panduan Pemarkahan

4 markah bagi satu isi
2 markah bagi huraian isi
3 markah bagi contoh dan data-data yang diberi.
Jumlah markah bagi satu-satu isi yang pukal ialah 7 markah.
Isi yang diperakukan ialah sebanyak 4 isi.
3 markah bonus boleh diberi bagi kematangan isi.

ii) Bahasa ( 20 markah )

Pemidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku ( struktur dan sebutan ), gaya bahasa yang berkesan, dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

iii) Persembahan ( 50 markah )

Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, meyakinkan, menunjukkan gaya yang menarik dan persembahan susunan isi yang tertib. Pemidato akan dipotong 5 markah maksimum jika isi pidatonya mengandungi kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti politik, agama, bangsa, kebudayaan dan peribadi, serta menunjukkan perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan.

3.5.2 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Kedua

i) Isi ( 40 markah )

Pemidato diadili dari segi pengutaraan isi-isi yang bernas dan logik termasuk penghuraiannya.

Panduan Pemarkahan

10 markah bagi satu isi
5 markah bagi huraian isi
5 markah bagi contoh dan data-data yang diberi
Isi yang diperakukan ialah sebanyak 2 isi

ii) Bahasa ( 30 markah )

Pemidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku ( struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan, dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

iii) Persembahan ( 30 markah )

Pemidato diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, meyakinkan dan menunjukkan gaya yang menarik. 5 markah maksimum akan dipotong jika isi pidato mengandungi kritikan terhadap isu-isu sensitif seperti politik, agama, bangsa,
kebudayaan dan peribadi, serta menunjukkan perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan.

Bookmark and Share

No comments:

Post a Comment

 
SK SERKAM
Km 18 Jalan Serkam PAntai
77300 Merlimau Melaka.

Tel & Fax : 06-2619740
Email : mba1019@ppdjasin.edu.com
skserkampantai@gmail.com
Website : http://skserkampantai.blogspot.com

Emelkan kepada kami...

Name:
Email:
Comment:
Sekolah Kebangsaan Serkam, 77300 Merlimau Melaka | Template Ireng Manis © 2010 Free Template Ajah. Distribution by Dhe Template. Supported by Cash Money Today and Forex Broker Info